Wednesday, October 10, 2018

SELEBRITI KONGSI TIP KECANTIKAN NANOWHITE DI BENGKEL WATSONS

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Bengkel 'Kekal Cerah Nanowhite x Watsons'  yang diadakan di Petaling Jaya baru-baru ini menyaksikan sesi selebriti berkongsi rahsia kecantikan mereka kepada ahli elit Watsons, peminat, dan usahawan dari industri kecantikan.

Hos televisyen dan radio yang juga penyanyi dan penulis lirik, Cheryl Lee, dan jurusolek artis, KF Bong, memeriahkan bengkel dengan program pengisian yang berlangsung selama empat jam itu.

Rangkaian produk Nanowhite, yang terdapat di rangkaian kedai Watsons Malaysia, seperti Serum Pembetulan Titik Gelap, Double Action Whitening Gel Krim dan Pencahayaan Air Micellar, digunakan semasa bengkel.

"Bengkel ini bertujuan untuk megumpulkan ahli elit (Watsons) dan berkongsikan maklumat berguna, tip dan nasihat mengenai penjagaan kulit," kata Twenty Eight Degrees Sdn Bhd dalam satu kenyataan.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment