Wednesday, October 24, 2018

OTA YANG PALING PESAT BERKEMBANG DI INDONESIA, TIKET.COM MEMILIH DATA OAG UNTUK MENYOKONG PERTUMBUHAN

SINGAPURA, 24 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- tiket.com, agensi pelancongan dalam talian (OTA) yang paling pesat berkembang di Indonesia telah bekerjasama dengan OAG, penyedia global yang terkemuka di dalam maklumat penerbangan digital, untuk membezakan penawaran pemilihan penerbangan mereka dan membawa nilai yang lebih besar kepada pelanggan mereka dengan menggunakan penyelesaian jadual tepat masa OAG - Jadual Dinamik.

Menyampaikan kemas kini tepat masa kepada jadual penerbangan 24/7, tiket.com akan menggabungkan saluran data tunggal OAG untuk menawarkan lebih banyak pilihan dan ketepatan kepada pelanggan mereka serta perkhidmatan peringatan status penerbangan. Kerjasama itu adalah sebahagian daripada program transformasi perniagaan berterusan yang lebih luas yang dijalankan oleh tiket.com untuk membolehkannya menyampaikan satu pengalaman tempahan yang lancar bagi pengguna mereka.

Phil Callow, Ketua Pegawai Eksekutif bagi OAG, berkata: "Indonesia adalah satu daripada pasaran udara yang paling pesat berkembang di dunia dan kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan pasukan di tiket.com untuk menyokong rancangan pertumbuhan mereka yang bercita-cita tinggi. Permintaan untuk maklumat jadual tepat masa berkembang maju dan dengan berada di barisan hadapan bagi pasaran ini bermakna kami dapat membantu pemimpin pasaran mengubah dan menyampaikan nilai yang lebih besar kepada pelanggan mereka."

Indonesia adalah pasaran udara ke-6 terbesar di dunia dari segi tempat duduk yang dijadualkan, dan pasaran ketiga yang paling pesat berkembang dalam tempoh tiga tahun yang lalu.

George Hendrata, Ketua Pegawai Eksekutif bagi tiket.com berkata, "Kami sangat teruja dengan kerjasama dengan OAG kerana ia membantu kami mengembangkan lagi ke dalam pasaran serantau dan antarabangsa. Kami yakin bahawa dengan kerjasama ini, tiket.com akan mencapai pasaran yang lebih luas."

Maklumat mengenai tiket.com

tiket.com adalah sebuah perintis ejen pelancongan dalam talian sejak Ogos 2011, ia merupakan ejen terkemuka bagi syarikat-syarikat penerbangan Indonesia dan merupakan rakan dalam talian nombor 1 untuk PT Kereta Api Indonesia. Mereka menawarkan produk-produk yang berkaitan dengan perjalanan dan hiburan termasuk tiket penerbangan, tempahan hotel, tempahan kereta api dan kereta sewa.

Maklumat mengenai OAG

Berada di barisan hadapan bagi pasaran pelancongan selama bertahun-tahun lamanya, kami mempunyai rangkaian data pengembaraan udara yang terbesar di dunia termasuk pangkalan data jadual yang paling sahih bagi lebih daripada 980 syarikat penerbangan dan pangkalan data maklumat status penerbangan yang paling meluas di pasaran, dengan menjejaki 96% daripada penerbangan komersial.

Hari ini, rangkaian pelanggan OAG termasuk syarikat penerbangan dan lapangan terbang yang terbesar di dunia, ejen pelancongan dalam talian (OTA), enjin tempahan terbesar di Eropah dan pemimpin pelancongan, teknologi dan e-dagang yang utama merentasi China, India, Indonesia, Amerika Latin dan Amerika Utara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.oag.com

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20181023005360/en/

Hubungi

Bagi pihak OAG
Esther Molina, +86 136 7179 3896
esthertsj@outlook.com

Sumber : OAG

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment