Friday, October 19, 2018

PROJECT44 DAN GATEHOUSE LOGISTICS MENGUMUMKAN PERKONGSIAN EKSKLUSIF

Kerjasama Multinasional Menyampaikan Ketampakan Pengangkutan Merentasi Eropah dan Amerika Utara


CHICAGO & NØRRESUNDBY, Denmark, 17 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- project44 (p44) dan Gatehouse Logistics bersama-sama mengumumkan hari ini bahawa mereka telah memeterai satu perjanjian multinasional dan eksklusif yang akan menyediakan akses yang dijamin selamat dan dibenarkan kepada rangkaian ketampakan terbesar merentasi Amerika Utara dan Eropah. Kesudahannya, mempercepatkan kemampuan bagi kedua-dua penyedia teknologi untuk menyampaikan penyelesaian ketampakan merentasi pelbagai mod pengangkutan dan geografi.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20181017005211/en/

Ketampakan rantaian bekalan hujung ke hujung sangat penting bagi organisasi global yang kompleks yang ingin memantau operasi global, meningkatkan kecekapan dan mempertingkatkan pengalaman pelanggan secara keseluruhan. Perkongsian multinasional ini yang pertama seumpamanya menyediakan ketampakan ke dalam proses pengangkutan utama, sekali gus memastikan organisasi global dapat melihat dengan tepat dan bertindak balas secara aktif terhadap semua peristiwa di dalam rantaian bekalan mereka pada "kelajuan fikiran."

Ketua Pegawai Eksekutif Gatehouse Logistics Jesper Bennike mengulas bahawa, "project44 dan Gatehouse Logistics telah memperjuangkan kepentingan berhubung data kesetiaan tinggi selama bertahun-tahun. Kerjasama ini sejajar dengan janji teras kedua-dua buah syarikat untuk menyampaikan enjin ketampakan global yang paling komprehensif yang dikuasakan hanya oleh maklumat yang selamat, berkualiti tinggi dan tepat masa."

Sejak tahun 1992, Gatehouse Logistics telah menerajui cara di dalam perkongsian data dengan selamat merentasi rantaian bekalan itu, dengan membawa ketampakan logistik di dalam dan ke luar yang amat diperlukan. ghTrack adalah sebuah perkhidmatan perkongsian data perkakasan agnostik yang mematuhi GDPR, neutral yang membolehkan Gatehouse Logistics untuk membina rangkaian terbesar sistem telematik merentasi Eropah. Begitu juga, project44 telah dengan cepat menjadi peneraju di dalam ketampakan termaju Amerika Utara dengan membina rangkaian penyedia kapasiti yang terbesar dan paling inklusif yang disambungkan melalui ELD, telematik, sambungan API secara langsung, pengesanan tanpa aplikasi atau aplikasi telefon pintar.

Dengan kerjasama ini, pelanggan project44 dan Gatehouse Logistics kini mempunyai akses segera dan boleh dilakukan ke satu rangkaian yang terdiri daripada 175,000 pembawa multimodal - yang terdiri daripada 90,000 pembekal kapasiti di Amerika Utara dan 85,000 di Eropah. Proses pelaksanaan telah juga dipercepatkan untuk memastikan penyatuan yang pantas dan tak bergesek bagi semua pelanggan dan masa yang pantas untuk nilai.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11511

No comments:

Post a Comment