Tuesday, October 16, 2018

TEDXWEEKEND 2019 KE TAIPEI, TAIWAN

TAIPEI, Taiwan, 11 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TED, sebuah organisasi yang berusaha untuk mengubah dunia dengan idea-idea di bawah slogan "idea yang wajar disebarkan," telah memilih Taipei, Taiwan sebagai satu daripada lima buah bandar raya untuk mengadakan TEDxWeekend pada tahun 2019 bagi meraikan ulang tahun mereka ke-10.
 

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20181010006043/en/


Sejak beberapa tahun yang lalu, TED telah menghubungkan komuniti di seluruh dunia dengan mengadakan acara-acara TEDx, mewujudkan sebuah platform dalam talian yang telah merakamkan berbilion tontonan.

Dr. Luke Lee, Duta TEDx dan Penganjur bagi TEDxWeekend menyatakan bahawa TED telah memanfaatkan kuasa web ternyahpusat untuk mengembangkan penyertaan warga melalui pendekatan bawah ke atas, menjadikannya satu contoh amalan terbaik bagi inovasi digital. Sementara itu, Taiwan telah menjadi sebuah fasilitator dan tempat di mana idea-idea berubah menjadi tindakan.

TEDxWeekend yang akan datang telah menerima respons positif daripada perusahaan dan sektor awam. Hochen Tan, bekas Menteri bagi Pengangkutan dan Komunikasi, berkata masyarakat Taiwan, yang membenarkan keterbukaan dan kepelbagaian, telah membantu memperkaya dan mempromosikan TED.

Daya saing geografi juga membolehkan Taiwan untuk mengurangkan jurang maklumat, komunikasi, dan teknologi bagi Timur Laut Asia serta manfaat ekonomi yang dihasilkan oleh populasi etnik yang pelbagai di Asia Tenggara. Taiwan berharap untuk dapat mempelbagaikan perbualan dengan menggabungkan ketamadunan benua Asia dan budaya lautan Taiwan, kata Hochen.

Pengerusi Jan Hung-tze dari PChome Online Inc. dan Kumpulan Kerja Digital dan Inovasi bagi Majlis Penasihat Perniagaan APEC menyatakan bahawa TED mempamerkan perkongsian pengetahuan, kerjasama, dan penyertaan melalui perkongsian bersilang, membolehkan idea, pemikiran untuk didengar dan diamalkan, dan mewujudkan peluang dan ruang bagi kumpulan minoriti untuk mencapai kesamaan. 

No comments:

Post a Comment