Wednesday, October 10, 2018

STARBUCKS MENAMAKAN PATRICK GRISMER SEBAGAI KETUA PEGAWAI KEWANGAN


SEATTLE, 9 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Starbucks Corporation (NASDAQ: SBUX) hari ini mengumumkan bahawa Patrick Grismer telah dilantik sebagai naib presiden eksekutif dan ketua pegawai kewangan (cfo). Dengan melaporkan kepada Kevin Johnson, presiden dan ketua pegawai eksekutif Starbucks, Grismer menggantikan Scott Maw, yang akan bersara pada 30 November. Maw akan kekal sebagai perunding kanan sehingga Mac 2019 untuk memastikan satu peralihan yang lancar, dengan Grismer menyertai syarikat itu pada 12 November dan memikul peranan cfo pada 30 November.

Grismer adalah seorang eksekutif kewangan yang berjaya, dengan membawa pengalaman kepemimpinan yang signifikan yang diperolehi di syarikat-syarikat pertumbuhan global yang berurusan dengan pengguna ke Starbucks, termasuk lebih 25 tahun yang digabungkan di Hyatt Hotels Corporation, Yum! Brands (syarikat induk kepada KFC, Pizza Hut dan Taco Bell) dan The Walt Disney Company.

Grismer menyertai Starbucks dari jawatan beliau sekarang sebagai cfo di Hyatt, yang beliau telah pegang sejak menyertai syarikat itu pada Mac 2016. Dalam peranan ini, beliau bertanggungjawab bagi kesemua aspek fungsi kewangan global, serta strategi korporat, pengurusan aset, pembinaan, perolehan dan perkhidmatan yang dikongsi.

"Sebagai seorang cfo yang sangat berpengalaman di pelbagai syarikat pertumbuhan global yang berurusan dengan pengguna, Pat membawa kepakaran kewangan yang hebat, set minda yang bertumpukan kepada pelanggan dan banyak pengalaman berhubung industri restoran kepada Starbucks," kata Kevin Johnson, presiden dan ketua pegawai eksekutif Starbucks. "Pat akan menjadi tambahan yang hebat kepada pasukan itu, dan saya berharap dapat bekerjasama dengan beliau ketika kami terus melaksanakan keutamaan strategik kami dan memacukan prestasi kewangan yang kukuh."

Sebelum menyertai Hyatt, Grismer telah memegang pelbagai jawatan kepimpinan di Yum! Brands selama lebih 14 tahun, termasuk sebagai cfo. Sebelum Yum! Brands, Grismer berkhidmat dalam beberapa kedudukan kewangan dan strategi di The Walt Disney Company selama sepuluh tahun, termasuk naib presiden bagi perancangan dan pengembangan perniagaan untuk The Disneyland Resort. Grismer memulakan kerjaya beliau sebagai seorang perunding pengurusan dengan Price Waterhouse.

Grismer memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pentadbiran Perniagaan dari University of Southern California, ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan dari Northwestern University Kellogg Graduate School of Management dan menjadi Akauntan Raya Bertauliah di Negeri California.

"Saya sangat teruja untuk menyertai Starbucks dan merasa istimewa kerana menjadi sebahagian daripada pasukan yang bertanggungjawab untuk memimpin syarikat global yang ikonik ini. Saya sememangnya selalu mengagumi jenama dan nilai-nilai Starbucks, dan saya berharap dapat bekerja dengan Kevin dan pasukan kepimpinan itu untuk membantu memimpin syarikat itu ke tahap pertumbuhannya yang seterusnya," kata Grismer.

Maklumat mengenai Starbucks
Sejak tahun 1971, Starbucks Coffee Company telah komited untuk mensumberkan secara beretika dan memanggang kopi arabica yang berkualiti tinggi. Pada hari ini, dengan memiliki kedai di seluruh pelusuk dunia, syarikat itu merupakan pemanggang dan peruncit kopi istimewa yang utama di dunia. Melalui komitmen kami yang tidak berbelah bahagi kepada kecemerlangan dan prinsip panduan kami, kami dapat menghidupkan Pengalaman Starbucks yang unik itu bagi setiap pelanggan melalui setiap cawan. Untuk berkongsi pengalaman itu, sila kunjungi kami di kedai-kedai kami atau secara dalam talian di Starbucks.com dan melalui Starbucks Newsroom.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11486

No comments:

Post a Comment