Saturday, October 13, 2018

VISION ONE TAWAR PROMOSI PEMERIKSAAN KANSER


KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Bersempena dengan sambutan Bulan Kesedaran Kanser Payudara atau 'Oktober Pink', syarikat Vision One Diagnostics Sdn Bhd (Vision One) mengumumkan promosi pemeriksaan awal kanser di cawangannya.
"Vision One mengambil inisiatif untuk menawarkan pemeriksaan mammogram dengan hanya RM88, iaitu hampir 50 peratus daripada kadar biasa, di semua cawangan kami," kata Pengarah Urusan Metro Healthcare Bhd, Jason Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Semakin ramai wanita menyedari betapa pentingnya pemeriksaan kesihatan termasuk mammografi, pemeriksaan payudara klinikal dan ujian diri payudara (BSE), katanya.

Sehubungan itu, beliau berkatta, Metro Healthcare juga menawarkan pakej khas 'ruby' pada harga RM188 yang merangkumi konsultasi doktor, pemeriksaan ultrabunyi payudara dan ujian darah bagi kesan tumor.

Vision One adalah anak syarikat Metro Healthcare. Metro Healthcare menawarkan perkhidmatan pengurusan hospital dan pusat penjagaan kesihatan, menyediakan perkhidmatan khusus untuk penjagaan kesihatan reproduktif wanita, serta perkhidmatan klinikal dan pembedahan untuk kanak-kanak, obstetrik dan ginekologi.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment