Friday, October 12, 2018

FESTIVAL BUSAN ONE ASIA 2018, SATU PERISTIWA PENTING BAGI PESTA HALLYU, AKAN DIBUKA PADA 20 OKT BERTEMU BINTANG-BINTANG UTAMA K-POP DI BUSAN

BUSAN, Korea Selatan, Okt 11 (Bernama-BUSINESS WIRE) --

Festival Hallyu yang terbesar di Asia akan diadakan di Busan dari 20 hingga 28 Oktober.

Dianjurkan oleh BANDAR RAYA METROPOLITAN BUSAN, Festival Busan One Asia 2018 (BOF) akan menampilkan K-pop dan pelbagai aspek lain daripada Wave Korea (Hallyu).

Konsert Pembukaan BOF itu akan bermula pada 20 Okt dengan satu barisan bintang K-pop yang termasuk EXO, Wanna One, SEVENTEEN, NCT 127, Celeb Five, Mamamoo, EXID, GFriend, The Boyz, A.C.E. dan (G)I-dle.

Festival selama sembilan hari itu akan berakhir dengan Konsert Penutupan BOF pada 28 Okt dengan persembahan oleh Red Velvet, NCT Dream, Favorite, Dynamic Duo, Rhythm Power, Teen Top, Astro, April, KARD, Mighty Mouth dan Spectrum.

Di samping itu, BOF akan menawarkan konsert percuma kepada orang ramai. 'Konsert Taman BOF,' sebuah konsert berkelah, akan dibuka di Busan Citizens Park dari pukul 6 petang pada 21 Okt. Bawa bekalan berkelah anda sendiri, berehat dan menikmati malam yang dipenuhi dengan muzik secara langsung dari K.will, Chung Ha, NU'EST W, Favorite dan Cherry On Top. 'BOF On-stage', sebuah konsert di Jalan Gunam-ro, Haeundae di Busan dari 25 hingga 27 Okt, akan menampilkan pelbagai genre muzik dari NoBrain, Crying Nut, Zion.T, Paul Kim dan Nilo. 'SNAP,' sebuah pertunjukan magik tanpa lisan, akan diadakan di Pusat Pawagam Busan dari 23 hingga 26 Okt.

Pelbagai program K-budaya mengenai K-kecantikan, K-kesenian dan K-fesyen serta K-pop akan dijalankan di kawasan Gunam-ro sepanjang BOF2018 itu.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11497

No comments:

Post a Comment