Wednesday, October 31, 2018

TELEDYNE DALSA MEMPERKENALKAN LINEA ML KAMERA CMOS BERBILANG GARIS UNTUK APLIKASI VISI BERKELAJUAN TINGGI

Model Linea ML baharu mampu digunakan dengan aplikasi berat

WATERLOO, Ontario, 30 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Teledyne DALSA, syarikat Teledyne Technologies dan peneraju global dalam teknologi visi mesin dengan bangganya memperkenalkan kamera Linea baharu. Kamera CMOS berbilang garis, Linea ML™ yang canggih akan mengubah cara kamera imbasan garis digunakan. Ia menawarkan pilihan pengimejan monokrom/HDR, warna, dan berbilang spektrum untuk pelbagai aplikasi visi mesin.

Berdasarkan teknologi sensor CMOS terbaru daripada Teledyne DALSA, kamera Linea ML merakam imej pada kadar garis maksimum sehingga 300 kHz menggunakan antara muka optik gentian CLHS generasi baharu. Pendedahan berturutan dengan integrasi mula dan tamat bebas untuk setiap saluran membolehkan penggunaan konfigurasi iluminasi versatil dengan teknologi pencahayaan LED terbaru. Apabila digabungkan dengan siri penangkap bingkai Xtium™2 CLHS yang berprestasi tinggi, model ini dapat berfungsi dengan aplikasi paling berat dan dengan pengesanan lebih baik. Kamera Linea ML boleh didapati menjelang penghujung tahun ini.

“Kamera Linea ML baharu ideal untuk aplikasi visi mesin yang banyak menggunakan sumber dan mementingkan resolusi, daya pemprosesan dan pengesanan. Kelajuan, keupayaan dan ciri-cirinya tiada bandingan. Di samping pengimejan monokrom/HDR, pelanggan boleh merakam imej berbilang medan (medan terang, medan gelap dan cahaya belakang) dalam satu imbasan dengan cahaya berkelip menggunakan model monokrom. Model baharu ini juga mampu merakam imej RGB atau RGB+NIR dalam satu imbasan dengan pencahayaan gelombang berterusan menggunakan model warna atau berbilang spektrum,” kata Xing-Fei He, Pengurus Produk Kanan.

Dibina berdasarkan teknologi yang diperakui, antara muka optik gentian CLHS generasi baharu menawarkan pemindahan data berdaya pemprosesan tinggi dan boleh dipercayai. Kabel optik gentian mengurangkan kos sistem, menghasilkan kabel lebih panjang (sehingga 300 m), kalis sinaran elektromagnet dan sesuai untuk persekitaran industri.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11563

No comments:

Post a Comment