Friday, October 26, 2018

NANOTEXTILE, MATAC METERAI MOU UNTUK TINGKAT PEMBANGUNAN TEKNOLOGI NANO INDUSTRI TEKSTIL




KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) – NanoTextile Sdn Bhd dan Pusat Tekstil dan Pakaian Malaysia (Matac), menandatangani memorandum persefahaman (MoU)  hari ini bagi meningkatkan pembangunan, kemajuan dan pengkomersialan teknologi nano dalam industri tekstil Malaysia.

Majlis berkenaan berlangsung bersempena Seminar Kebangsaan Tekstil Teknikal dan Pakaian Pintar 2018 di Swiss Garden Hotel, Melaka.

Ketua Pegawai Eksekutif NanoTextile Dr Thomas Ong Poh Shing berkata teknologi nano membolehkan kerjasama antara NanoTextile dengan peserta tekstil huluan dan hiliran, tanpa menjejaskan rantaian bekalan.

"Kami yakin perkongsian ini akan meningkatkan nilai daya saing industri tekstil Malaysia melalui penggunaan produk tekstil teknikal yang lebih baik di peringkat tempatan dan antarabangsa, mengukuhkan keseluruhan ekosistem tekstil."

Sementara itu, Presiden Matac Regina Leong berkata Matac bekerjasama rapat dengan kerajaan, peserta industri, universiti dan rakan teknologi bagi menyediakan penyelesaian kepada cabaran yang dihadapi oleh industri tekstil/pakaian di Malaysia, terutamanya dalam bidang automasi dan pembangunan produk.

“Matac kini melaksanakan projek-projek untuk memacu industri tekstil/pakaian di Malaysia ke arah Industri 4.0 dan pembangunan pakaian tekstil/pintar teknikal di Malaysia.”

-- BERNAMA 

No comments:

Post a Comment