Wednesday, August 29, 2018

AMAZON GAME STUDIOS MENGUMUMKAN THE GRAND TOUR GAME

Permainan episodik yang akan datang yang didasarkan kepada siri Prime Asal yang popular yang membolehkan pemain berlumba kereta-kereta eksotik, mencipta semula cabaran-cabaran liar, dan turut serta dengan kenakalan Clarkson, Hammond, dan May

SEATTLE, 23 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Amazon.com (NASDAQ: AMZN) hari ini mengumumkan bahawa Jeremy Clarkson, Richard Hammond, dan James May akan membawa senario riuh rendah dan pusingan gerun kepada PlayStation 4 dan Xbox One dalam The Grand Tour Game, satu permainan perlumbaan episodik yang didasarkan kepada siri Prime Asal yang popular, The Grand Tour. Dicipta oleh Amazon Game Studios, The Grand Tour Game membawa pemain ke lokasi eksotik, di mana mereka akan memandu kereta-kereta yang paling menarik di dunia, dan turut serta di dalam cabaran-cabaran hebat permainan itu. Episod baharu The Grand Tour Game akan ditambah pada setiap minggu semasa Musim 3 permainan itu, dengan merakamkan kereta, lokasi, dan kejutan dari episod pada setiap minggu. Sila layari www.playthegrandtourgame.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.
 

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180821005353/en/


The Grand Tour Game menempatkan pemain untuk memandu kereta-kereta dari Musim 3, dan membawa kereta itu ke lokasi-lokasi ikonik yang akan dikunjungi oleh hos pada musim ini, termasuk trek ujian Eboladrome yang terkenal bagi The Grand Tour. Menampilkan peralihan yang lancar dari klip-klip program itu kepada corak permainan, di samping berjam-jam suara asal lakonan dari Jeremy Clarkson, Richard Hammond, dan James May, The Grand Tour Game diselitkan dengan kelucuan dan gurau senda yang sinonim dengan permainan itu.

"Ia adalah satu permainan video yang memaparkan saya, yang suka melanggar, dan yang suka membawa perlahan. Itulah yang perlu anda ketahui," kata Jeremy Clarkson. "Sekiranya anda sentiasa mahu berada di jalan raya bersama dengan kami, ini adalah detik-detik paling hampir yang anda akan perolehi. Kecuali jika anda menculik James dan mencuri mukanya."

"Sekiranya anda mahu melakukan tugas saya, anda kini boleh berbuat demikian," kata James May. "Sudah tentu bukan secara betul-betul, kerana ia hanya satu permainan, oleh itu jangan menyelongkar laci meja saya."

"Saya tinggal di kawasan desa di pedalaman, jadi saya kagum dengan apa sahaja yang berfungsi dengan menggunakan elektrik," kata Richard Hammond. "Tetapi saya mengakui bahawa permainan ini sangat mengagumkan, terutamanya skrin pisah untuk empat pemain."

Dalam The Grand Tour Game, pemain-pemain tidak boleh hanya mengikut kesan tayar lelaki itu, tetapi berlumba dan mencabar di antara satu sama lain secara bersemuka. The Grand Tour Game mempunyai skrin pisah untuk empat pemain, agar pemain dapat berlumba di antara satu sama lain — dan melemparkan kata-kata penghinaan terbaik mereka — secara bersemuka. Peningkatan kuasa secara nakal seperti High Tea, yang menumpahkan cawan dan piring yang mencarik tayar, dan Lebih Kuasa Kuda, yang membolehkan anda memecut melepasi persaingan, membantu membuat tindakan sukar diramal, dan memastikan pemandu sentiasa berada dalam keadaan bersiap siaga.

No comments:

Post a Comment