Friday, August 24, 2018

TEKNOLOGI BLOCKCHAIN PURE DIAMOND - INOVASI PERINTIS BAHARU BAGI INDUSTRI BARANG KEMAS

TOKYO, 23 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Industri barang kemas dunia memerhatikan dengan penuh minat terhadap sebuah inovasi baharu Jepun - berlian yang dihasilkan di makmal yang sama dari segi kimia, fizikal dan optik dengan berlian semula jadi.

Pure Diamond Lab, sebuah syarikat yang berpangkalan di Tokyo, berupaya untuk menghasilkan berlian yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan berlian yang terhasil secara semula jadi dan oleh itu layak untuk diperakui oleh GIA (Institut Gemologi Amerika). Berlian ini dihasilkan di dalam sebuah persekitaran yang terkawal oleh makmal-makmal syarikat itu dengan menggunakan bahan karbon tulen, sekali gus menghasilkan sejenis berlian yang 'sempurna' yang dihasilkan di dalam makmal yang mempamerkan ciri-ciri optik yang lebih baik daripada berlian yang dihasilkan secara semula jadi.

Berlian boleh dihasilkan di dalam sebuah spektrum warna yang luas termasuk yang tidak berlaku secara semula jadi, yang boleh dengan serta-merta menterbalikkan pasaran, sebagai contoh, berlian merah dan biru yang sangat jarang ditemui. De Beers Jewelry, sebuah pembuat barang kemas dengan penguasaan kira-kira 30% di dalam pasaran berlian global, telah mengiktiraf teknologi ini dan menggabungkan berlian yang dihasilkan di makmal ke dalam koleksi terbaharu mereka.

Satu faktor utama yang membezakan Pure Diamond Co. Ltd. daripada pesaing mereka adalah pembangunan mereka terhadap sebuah teknologi blockchain untuk pasaran berlian. Maklumat mengenai pembiakan, penghalusan dan penilaian berlian yang dihasilkan di makmal dikumpul dan didigitalkan, sekali gus mewujudkan satu profil yang tersedia kepada pengguna akhir, seterusnya meningkatkan ketelusan dan menambahkan pengalaman peruncitan. Secara kebetulan Ketua Pegawai Teknologi bagi projek Pure Diamond Blockchain, Encik Junma Kawasaki adalah merupakan penggodam 'Topi Putih' yang terkenal yang telah menyelesaikan penggodaman 500 juta NEM milik Coincheck pada Januari. Encik Kawasaki percaya bahawa projek pembangunan Pure Diamond Blockchain adalah "cara yang betul untuk menggunakan blockchain," dan pengeluar Pure Diamond Lab Encik Hideyuki Abe menambahkan teknologi itu untuk "memberikan setiap berlian sebuah cerita."

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11342

No comments:

Post a Comment