Tuesday, August 7, 2018

Pesawat Q400 Bombardier dapat perakuan pihak berkuasa Kanada


KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Bombardier Commercial Aircraft, peneraju global dalam industri pengangkutan, mendapat perakuan daripada Pengangkutan Kanada bagi konfigurasi pesawat Q400 dengan 90 penumpang.


Dalam satu kenyataan, Bombardier Commercial Aircraft mengatakan bahawa pengesahan itu telah menjadikannya pesawat turboprop komersil pertama dalam pengeluaran untuk mencapai kapasiti tersebut.


"Dengan meningkatnya jumlah penumpang bagi setiap perlepasan dalam pasaran turboprop, kami teruja untuk menawarkan pelanggan kami konfigurasi kapasiti yang lebih tinggi dan 15 peratus kos lebih rendah bagi setiap tempat duduk berbanding Q400 standard sebelumnya, yang membawa kepada lebih banyak potensi keuntungan bagi syarikat penerbangan," kata Ketua Program Pesawat Siri Q Bombardier Commercial Aircraft, Todd Young.


"Bagi penghantaran pada tahun ini, pelanggan pelancaran kami, SpiceJet, akan menjadi syarikat penerbangan pertama yang memanfaatkan operasi pesawat Q400 dengan 90 tempat duduk yang menguntungkan dan cekap berikutan pesanannya sehingga 50 pada 2017," kata Young.


Digabungkan dengan fleksibiliti kelajuan unik pesawat Q400, penyelesaian segmen baru sesuai untuk pasaran turboprop yang berpermintaan tinggi dan akan meningkatkan lagi hubungan ekonomi antara bandar kecil dan hab utama.


Konfigurasi itu merupakan satu lagi langkah dalam peningkatan berterusan Bombardier terhadap pesawat Q400nya, yang bertujuan untuk menangani pertambahan penumpang.


Maklumat lanjut boleh didapati di https://www.bombardier.com


-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment