Wednesday, August 1, 2018

GLOBAL DAIRY PLATFORM INC MENGUMUMKAN PENAMBAHAN EN. MINFANG (JEFFERY) LU, CEO SYARIKAT CHINA MENGNIU DAIRY KE LEMBAGA PENGARAH

ROSEMONT, Ill., 1 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Global Dairy Platform (GDP), kumpulan kerjasama sektor tenusu prakompetitif yang memfokus pada penggalakan pengambilan makanan tenusu kaya nutrien yang seimbang dan mempamerkan peranan sektor tenusu dalam pertanian lestari hari ini mengumumkan penambahan En. Minfang (Jeffery) Lu, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat China Mengniu Dairy Berhad sebagai ahli Lembaga Pengarah GDP.
 
“Kami mengalu-alukan Jeffery Lu ke lembaga kami yang kukuh. Menarik seseorang dengan latar belakang mengagumkan dan legasi kejayaan Mengniu adalah salah satu peluang yang dimiliki oleh GDP untuk mempromosikan sumbangan tenusu kepada pemakanan yang lebih baik, menguatkan masyarakat dan pertanian lestari,” kata En. Theo Spierings, Pengerusi Lembaga GDP dan Ketua Pegawai Eksekutif Fonterra.
 
“Saya berbesar hati untuk menyertai Lembaga Pengarah GDP. Sektor tenusu memainkan peranan yang penting iaitu menyediakan penyelesaian bagi kesihatan global dan cabaran pembangunan,” kata En. Lu, “Saya bersedia untuk memberikan sumbangan ke arah kejayaan GDP untuk menempatkan dan menyokong industri tenusu demi mempromosikan pemakanan tenusu yang lestari.”
 
En. Lu dilantik menjadi Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat China Mengniu Dairy Berhad pada tahun 2016. Syarikat tersebut merupakan ahli GDP sejak 2013 dan merupakan ahli pertama dari China. Syarikat itu bertapak di Mongolia Dalam dan ialah salah satu pengeluar produk tenusu terkemuka di China dengan rangkaian produk yang pelbagai, termasuklah susu UHT, minuman susu dan yogurt, aiskrim dan produk tenusu lain seperti susu tepung dan keju.
 
En. Lu akan berkhidmat di lembaga bersama En. Spierings, En. Hein Schumacher, Ketua Pegawai Eksekutif Royal FrieslandCampina, En. Rick Smith, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Dairy Farmers of America, serta En. Peder Tuborgh, Ketua Pegawai Eksekutif Arla Foods.
 
Ahli tadbir urus tambahan ialah Dr. Margrethe Jonkman, Naib Pengerusi Lembaga GDP dan Pengerusi Jawatankuasa Operasi, Pengarah Korporat Penyelidikan & Pembangunan Royal FrieslandCampina; Dr. Judith Bryans, Presiden Persekutuan Tenusu Antarabangsa; En. Miles Hurrell, Ketua Pegawai Operasi-Farm Source, Fonterra Co-operative Group Berhad; En. Jerry Kaminski, Naib Presiden Eksekutif, Ketua Pegawai Operasi Antarabangsa Land O'Lakes, Inc.; Cik Hanne Sondergaard, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Pemasaran, Pemasaran & Inovasi, Arla Foods amba; En. Jay Waldvogel, Naib Presiden Kanan Strategi dan Pembangunan Antarabangsa Dairy Farmers of America, Inc.
 
Perihal Global Dairy Platform

Ditubuhkan pada 2006, ahli GLOBAL DAIRY PLATFORM yang terdiri daripada syarikat tenusu, persatuan, badan saintifik dan rakan kongsi lain bekerjasama secara prakompetitif untuk mempromosikan pengambilan produk tenusu kaya nutrien yang diperlukan, mengumpul bukti peranan tenusu dalam diet dan mempamerkan komitmen sektor tersebut terhadap pengeluaran makanan yang bertanggungjawab dan lestari. Mereka bekerjasama untuk menunjukkan sumbangan tenusu kepada sistem makanan global, diet yang sihat dan sumber pendapatan yang lestari. Lawati www.globaldairyplatform.com untuk maklumat lanjut.
 
Hubungan Media: 
GDP
En. Jerreau Beaudoin
+1 847 627 3387
Jerreau.beaudoin@globaldairyplatform.com

MENGNIU
En. Xiaodong, Ji
+86 186 1168 9793
jixiaodong@mengniu.cn 

Sumber: Global Dairy Platform
 
--BERNAMA

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11295

No comments:

Post a Comment