Tuesday, August 28, 2018

Danajamin lantik pengerusi dan pengarah baharu

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Danajamin Nasional Bhd (Danajamin) hari ini mengumumkan pelantikan Md Yusof Hussin sebagai pengerusi baharu dan dua orang ahli lembaga pengarah baharu, berkuat kuasa 23 Ogos 2018.

Pengarah baharu yang dilantik ialah Datuk Che Mokhtar Che Ali dan Elakumari Kantilal.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Mohamed Nazri Omar berkata Danajamin percaya pengalaman luas Md Yusof, terutamanya dalam perkhidmatan perbankan dan korporat, akan sangat berharga kerana Danajamin semakin berkembang dan berterusan melaksanakan peranannya sebagai Penanggung Jaminan Kewangan pertama negara.

"Kami juga mengalu-alukan penyertaan pengarah-pengarah baru dalam lembaga dan saya tidak ragu-ragu bahawa organisasi akan mendapat manfaat daripada pengalaman dan kepakaran mereka yang luas," katanya dalam satu kenyataan.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment