Wednesday, August 29, 2018

BITTECH TAWARKAN PELOMBONG PERTAMA DUNIA UNTUK ALGORITMA NEOSCRYPT

HONG KONG, 29 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- BITTECH Limited melancarkan pelombong jenama baharu Bittech NS untuk algoritma NeoScrypt. Pada mulanya, NeoScrypt dianggap tahan terhadap ASIC. Walau bagaimanapun, akhirnya, algoritma tersebut tidak berjaya. Begitu juga dengan algoritma Ethash dan Equihash apabila BITMAIN dan Innosilicon melancarkan ASIC masing-masing.

Pengumuman rasmi menunjukkan bahawa prestasi pelombong baharu Bittech NS menghasilkan 63.2MH/s (bersamaan dengan 55 GPU Nvidia GTX1080), penggunaan kuasanya hanya 1250W, harganya ialah $1,890, manakala kuasa pendapatan ialah $30 pada 29 Ogos.

Pelombong baharu dikuasakan oleh 24 cipset, model yang tidak didedahkan. Pelombong ini mempunyai penampilan biasa yang lazim kepada semua unit BITTECH yang lain dan dilengkapi dengan penyesuai kuasa Murata/Artesun 1600W.

Pelombong baharu akan tersedia pada pertengahan bulan Oktober 2018.

Perkakasan perlombongan BITTECH berasaskan cip semikonduktor termaju 10nm adalah penyelesaian "semua dalam satu" dengan unit bekalan kuasa terbina dalam Murata/Artesyn, yang menyokong penggantian panas. Malah seseorang pemula boleh menyediakan perisian yang canggih dan mesra pengguna. Semua pelombong dilindungi jaminan 180 hari.

BITTECH Limited terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) berkaitan dengan cip termaju 10 dan 14nm sejak awal tahun 2017. Pada masa ini, syarikat ini telah selesai penyelidikan dan pembangunannya (R&D) dan menawarkan perkakasan perlombongan sendiri kepada pelbagai pelanggan. Selain daripada pelombong dan cip, syarikat itu akan menyediakan empat pusat data yang besar di Kanada, Iceland, Estonia, dan Rusia. Usaha pembinaan pusat data Rusia telah dimulakan untuk 9000 pelombong dengan jumlah kuasa pemprosesan 21MW pada April 2018. Syarikat ini akan memajak sebahagian daripada premis kepada pelanggannya di bawah perjanjian kolokasi.

Maklumat Perhubungan: Bittech Limited, pr@bittech.cn.com

Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/7eda178b-98b2-433f-89ca-f8f29f7beb33

Video yang dilampirkan bersama dengan pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/fb950a9d-6e1e-4b10-8780-ab7c33ed47db

SUMBER : BITTECH LTD

No comments:

Post a Comment