Thursday, August 2, 2018

NEURALSTEM MENGUMUMKAN PEMULAAN UJIAN KLINIKAL FASA 2 UNTUK NSI-566 DALAM STROK ISKEMIK

GERMANTOWN, Md., 2 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Neuralstem, Inc. (Nasdaq:CUR), syarikat biofarmaseutikal yang berfokus terhadap membangunkan terapi sistem saraf berdasarkan teknologi sel stem hari ini mengumumkan pemulaan ujian klinikal Fasa 2 untuk menilai NSI-566, sel stem terkemuka syarikat tersebut sebagai rawatan yang berpotensi untuk strok iskemik.

Neuralstem telah mengumumkan keputusan positif untuk kajian strok Fasa 1 dalam abstrak ISSCR (Persatuan Kajian Sel Stem Antarabangsa) 2018 pada 23 Jun 2018.

“Kajian Fasa 2 adalah dikawal, rawak dan setara dua pihak yang berdasarkan keputusan kajian keselamatan Fasa 1 label terbuka yang memberangsangkan.  Kajian ini bertujuan untuk menguji lagi keselamatan dan keberkesanan NSI-566 dalam membalikkan kelumpuhan pesakit strok yang mempunyai lumpuh separuh badan,” kata Dr. Karl Johe, Ketua Pegawai Saintifik Neuralstem.

Ujian ini akan dilakukan di Bayi Brain Hospital di Beijing, China, bermula pada 1 Ogos 2018.  Yang menguruskan ujian ialah James Li, Ph.D., Naib Presiden Eksekutif Operasi Asia Suzhou Neuralstem Ltd, subsidiari yang dimiliki sepenuhnya oleh Neuralstem, Inc., yang bertempat di Suzhou, China.  Dr. Li telah dilantik sebagai Pengurus dan Agen Berdaftar Suzhou Neuralstem.

Neuralstem akan memperuntukkan US$3 juta kepada ujian ini.

Perihal Strok Iskemik

Strok iskemik ialah strok yang paling banyak berlaku. Strok ini berpunca daripada halangan dalam salur darah yang membekalkan darah ke otak. Dianggarkan terdapat 15 juta orang di seluruh dunia yang menderita strok dan 87% daripada semua strok adalah strok iskemik. Kesan negatif pasca strok termasuklah kelumpuhan lengan dan kaki yang boleh menjadi kekal.

Perihal Neuralstem

Neuralstem adalah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal yang membangunkan rawatan baru untuk penyakit sistem saraf yang kurang mendapat perhatian perubatan. Syarikat mempunyai dua calon pembangunan utama:

• NSI-566 adalah terapi sel stem yang diuji untuk rawatan lumpuh dalam kes strok, Sklerosis Lateral Amiotrofik (ALS) dan kecederaan saraf tunjang kronik (cSCI).

• NSI-189 adalah molekul kecil dalam pembangunan klinikal untuk kecelaruan kemurungan major dan pembangunan praklinikal untuk sindrom Angelman, kecacatan kognitif yang disebabkan oleh penyinaran, diabetes Jenis 1 dan Jenis 2, serta strok.

Portfolio calon produk Neuralstem yang berbilang adalah berdasarkan teknologi sel induk saraf proprietarinya.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11303

No comments:

Post a Comment