Tuesday, August 28, 2018

​NESTLÉ DAN STARBUCKS MEMETERAI PERJANJIAN UNTUK LESEN GLOBAL BERTERUSAN BAGI BARANGAN PELANGGAN STARBUCKS YANG DIBUNGKUS DAN PRODUK PERKHIDMATAN MAKANAN

VEVEY, Switzerland & SEATTLE, 28 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Nestlé dan Starbucks Corporation hari ini mengumumkan pemeteraian perjanjian yang memberikan Nestlé hak yang berterusan untuk memasarkan Barangan Pelanggan Starbucks yang Dibungkus dan produk Perkhidmatan Makanan di seluruh dunia, di luar kedai-kedai kopi syarikat itu.
 
Melalui perikatan itu, kedua-dua buah syarikat itu akan bekerjasama rapat dengan rangkaian produk Starbucks yang sedia ada iaitu kopi kisar dan kopi yang dipanggang, whole beans selain kopi segera dan kopi yang dibuat untuk satu sajian. Perikatan itu akan juga memanfaatkan pengalaman dan keupayaan kedua-dua buah syarikat bagi mengusahakan inovasi dengan matlamat untuk meningkatkan penawaran produk mereka bagi pencinta kopi di seluruh dunia.
 
"Kerjasama ini menunjukkan agenda pertumbuhan kami sedang digerakkan, sekali gus memberikan Nestlé satu kedudukan yang tidak ada tandingannya di dalam perniagaan kopi dengan satu suite lengkap bagi jenama yang berinovatif. Dengan Starbucks, Nescafé dan Nespresso kami menggabungkan jenama-jenama kopi yang paling ikonik di dunia," kata Mark Schneider, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé. "Kerjasama yang cemerlang itu di antara kedua-dua buah pasukan menghasilkan dalam satu penyelesaian segera bagi perjanjian ini, yang akan membuka jalan untuk meraih peluang-peluang pertumbuhan yang selanjutnya," kata beliau.
 
Perjanjian itu dengan jelas mengukuhkan portfolio kopi Nestlé di perniagaan kopi panggang premium Amerika Utara dan kopi kisar dan kopi yang dibuat untuk satu sajian. Ia juga membuka peluang kepada pengembangan global di dalam peruncitan dan perkhidmatan makanan untuk jenama Starbucks, dengan memaksimumkan jangkauan global Nestlé.
 
"Perikatan kopi global dengan Nestlé ini merupakan satu kejayaan strategik yang penting bagi pertumbuhan Starbucks," kata Kevin Johnson, presiden dan ketua pegawai eksekutif Starbucks. "Membawa bersama peruncit kopi yang terkemuka di dunia, syarikat makanan dan minuman terbesar di dunia, dan pangkalan terbesar dunia dan pemasangan yang pesat berkembang di rumah dan mesin kopi layan diri yang menghasilkan satu sajian membantu kami mengukuhkan jenama Starbucks di seluruh dunia dan pada masa yang sama menyampaikan penciptaan nilai jangka panjang bagi pemegang saham kami."
 
Kira-kira 500 orang pekerja Starbucks di Amerika Syarikat dan Eropah akan menyertai keluarga Nestlé, dengan majoriti daripada mereka berpangkalan di Seattle dan London. Pengembangan perniagaan itu di peringkat antarabangsa akan diterajui dari ibu pejabat global Nestlé di Vevey, Switzerland.
 
Perjanjian itu meliputi jenama kopi dan teh Starbucks yang dibungkus seperti Starbucks®, Seattle’s Best Coffee®, TeavanaTM/MC, Starbucks VIA® Instant, kopi Torrefazione Italia® dan pod K-Cup® berjenama Starbucks. Ia tidak termasuk produk Siap untuk Diminum dan semua jualan bagi apa-apa produk di dalam kedai kopi Starbucks®.
 
Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan

Kenyataan tertentu yang terkandung di dalam ini adalah kenyataan yang "berpandangan ke hadapan" dalam konteks maksud undang-undang dan peraturan sekuriti yang diterima pakai. Secara umum, kenyataan ini boleh dikenal pasti dengan penggunaan perkataan seperti "menjangka," "mengharapkan," "percaya," "boleh," "menganggarkan," "merasa," "ramalan," "berniat," "boleh," "pelan," "potensi," "projek," "sepatutnya," "akan," dan ungkapan yang sama yang bertujuan untuk mengenal pasti kenyataan yang berpandangan ke hadapan, walaupun tidak semua kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu mengandungi perkataan yang mengenal pasti ini. Kenyataan-kenyataan ini adalah didasarkan kepada maklumat yang tersedia kepada Starbucks pada tarikh tersebut, dan keputusan atau prestasi sebenar Starbucks mungkin berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau yang tersirat, disebabkan oleh risiko dan ketidakpastian yang dikaitkan dengan perniagaan mereka. Risiko dan ketidakpastian ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, turun naik di dalam ekonomi dan mata wang Amerika Syarikat dan antarabangsa, keupayaan kami untuk memelihara, mengembangkan dan memanfaatkan jenama kami, potensi kesan negatif daripada insiden yang melibatkan penyakit bawaan makanan atau minuman, gangguan, produk cemar, pencemaran atau silap pelabelan, potensi kesan negatif dari pelanggaran bahan bagi sistem teknologi maklumat kita sehingga kita mengalami pelanggaran material, kegagalan material bagi sistem teknologi maklumat kita, kos yang berkaitan, dan pelaksanaan yang berjaya bagi inisiatif dan rancangan syarikat, penerimaan produk syarikat itu oleh pelanggan kami, impak persaingan, serta faktor ekonomi dan industri umum seperti harga dan ketersediaan kopi, tenusu dan bahan mentah lain, kejayaan pelaksanaan prestasi dalaman dan pelan pengembangan, turun naik di dalam ekonomi dan mata wang Amerika Syarikat dan antarabangsa, impak daripada inisiatif oleh pesaing, kesan terhadap prosiding undang-undang, dan risiko lain yang diperincikan di dalam pemfailan Syarikat itu dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, termasuk seksyen "Faktor Risiko" dalam Laporan Tahunan Syarikat pada Borang 10-K untuk tahun fiskal yang berakhir pada 1 Oktober 2017. Syarikat itu tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180827005623/en/
 
Hubungi

Nestlé SA
Pelabur
Luca Borlini, +41 21 924 38 20
atau
Media
Christoph Meier, +41 21 924 22 00
Josh Morton (Amerika Syarikat), +1-571-457-5262
atau
Starbucks
Akhbar
Sanja Gould, +1-206-318-7100
press@starbucks.com
 
Sumber : Starbucks Corporation
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

No comments:

Post a Comment