Thursday, August 23, 2018

THE HARTFORD MENANDATANGANI PERJANJIAN UNTUK MENGAMBILALIH NAVIGATORS, SEBUAH PENAJA JAMIN ISTIMEWA BERTARAF GLOBAL

  • Memperluas dan memperdalamkan penawaran produk The Hartford dan selera risiko penaja jaminan
  • Memperluaskan jangkauan penaja jaminan global; termasuk suatu kehadiran yang mantap di Lloyd's
  • Membawa bersama dua buah organisasi yang berpusatkan penaja jaminan dengan satu komitmen untuk menarik dan mengekalkan bakat-bakat utama
  • Dijangka menjadi tokokan kepada pendapatan bersih dan pendapatan teras* The Hartford pada tahun 2020
HARTFORD, Conn., 23 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- The Hartfordtelah menandatangani satu perjanjian muktamad untuk memperolehi kesemua saham biasa tertunggak oleh The Navigators Group, Inc. (NASDAQ: NAVG), sebuah penaja jamin istimewa bertaraf global, dengan bayaran $70 sesaham atau $2.1 bilion dalam bentuk tunai. Urus niaga tersebut telah diluluskan oleh lembaga pengarah bagi kedua-dua syarikat dan adalah tertakluk kepada kelulusan pemegang saham Navigators dan syarat-syarat penutupan yang lazim, termasuk kelulusan pengawalseliaan. Ia dijangka diselesaikan pada separuh pertama tahun 2019.

"Kami sangat teruja untuk mengumumkan pengambilalihan Navigators, yang kami yakin akan mencapai objektif utama dari segi strategik dan kewangan bagi The Hartford," kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif The Hartford, Christopher Swift. "Ia memperluaskan penawaran produk dan jangkauan geografi kami, dan menambahkan pemegangan dan pengunderaitan yang terbukti dan bakat industri dan pada masa yang sama memperkuatkan proposisi nilai kami kepada agen dan pelanggan. Kami amat yakin mengenai gabungan peluang pertumbuhan kami dan mengharapkan pengambilalihan itu akan menjanakan pulangan yang menarik."

Navigators, yang diasaskan pada tahun 1974, telah diiktiraf sebagai sebuah peneraju pasaran di dalam industri marin, pembinaan dan tenaga global, serta dalam kecederaan lewah dan garisan lebihan di Amerika Syarikat. Di samping suatu kehadiran yang mantap di Lloyd's, syarikat itu juga mempunyai operasi pengunderaitan yang pesat berkembang di Eropah, Asia dan Amerika Latin. Syarikat itu pada masa ini mengendalikan tiga segmen perniagaan: Insurans Amerika Syarikat (58 peratus daripada premium bertulis kasar bagi tahun 2017), Insurans Antarabangsa (29 peratus) dan Insurans Semula Global (13 peratus). 1

Presiden The Hartford, Doug Elliot menambah, "Urus niaga ini menggabungkan dua buah organisasi dengan budaya penaja jaminan yang berdisiplin dan satu komitmen yang dikongsi bersama terhadap inovasi, prestasi kewangan, serta menarik dan mengekalkan bakat terbaik. Bersama-sama, kami akan memanfaatkan suatu penawaran produk dan perkhidmatan yang lebih lengkap yang ditawarkan melalui sebuah rangkaian pengedaran terbaik dalam kelasnya yang dibolehkan oleh gabungan penaja jaminan, keupayaan tuntutan dan kejuruteraan risiko kami, dan dipertingkatkan oleh jenama kukuh The Hartford."

Navigators beribu pejabat di Stamford, Conn., dengan 22 lokasi di Amerika Syarikat dan lapan lokasi di peringkat antarabangsa. Syarikat itu mempunyai kira-kira 820 orang pekerja di seluruh dunia yang akan menyertai The Hartford apabila proses itu selesai. Kira-kira 600 orang kakitangannya berpangkalan di Amerika Syarikat dan 150 orang berada di United Kingdom.

"Kami tidak sabar untuk membawa keupayaan barisan istimewa Navigators ke The Hartford," kata Stanley A. Galanski, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Navigators. Dengan menyertai The Hartford dan memanfaatkan kekuatan kunci kira-kira mereka dan kualiti bagi produk insurans komersil teras mereka, kami akan mewujudkan peluang-peluang yang menarik untuk menyampaikan nilai yang lebih baik kepada broker dan pemegang polisi kami."

The Hartford mempunyai sumber sedia ada yang mencukupi untuk membiayai jumlah harga pembelian kira-kira $2.1 bilion, tetapi akan mempertimbangkan sumber alternatif bagi modal sebelum penutupan itu. The Hartford tidak berhasrat untuk mengeluarkan ekuiti am berkaitan dengan pemerolehan itu.

The Hartford mengharapkan pengambilalihan itu akan dapat menjana pulangan yang menarik dari semasa ke semasa. Kesan pengambilalihan itu ke atas keputusan kewangan The Hartford yang disatukan bagi tahun 2019 dan 2020 akan bergantung kepada pelbagai faktor, termasuk masa penutupan, penyelesaian bagi kesan perakaunan pembelian, seperti penentuan muhibah dan aset tidak ketara yang lain, kos penggabungan, dan caj-caj yang berkaitan dengan pemerolehan, termasuk kos urus niaga dan perubahan di dalam rizab kerugian Navigators atau item kunci kira-kira yang lain.

Pengambilalihan itu dijangka akan mengakibatkan di dalam satu pengurangan tidak penting dalam pendapatan bersih tahun 2019 sebelum mempertimbangkan kesan bagi caj berkaitan pengambilalihan, yang belum dimuktamadkan. Tidak termasuk caj yang berkaitan dengan pengambilalihan serta kos penggabungan*, syarikat itu menjangkakan pengambilalihan tersebut akan segera ditokokkan ke dalam pendapatan bersih tahun 2019.

Bagi tahun 2020, The Hartford menjangka pengambilalihan itu akan ditokokkan kepada pendapatan bersih sebanyak $30 juta sehingga $75 juta dan perolehan teras sebanyak $60 juta sehingga $95 juta. Ini terdiri daripada sumbangan oleh Navigators sebanyak $80 juta sehingga $125 juta kepada pendapatan bersih dan $110 juta sehingga $145 juta kepada pendapatan teras, yang diimbangi oleh pengurangan kira-kira $50 juta di dalam pendapatan pelaburan bersih The Hartford, selepas cukai, disebabkan oleh wang tunai yang digunakan untuk membiayai pengambilalihan itu. Semua angka ini adalah anggaran awal dan akan dikemas kini berdasarkan kepada keadaan pasaran, rancangan perniagaan, keputusan kewangan dan perkembangan lain di antara sekarang dan masa penutupan.

The Hartford akan mengadakan satu siaran web dan panggilan persidangan untuk mengkaji semula pengambilalihan itu pada 8:30 pagi EDT pada 22 Ogos 2018. Panggilan persidangan itu boleh diakses di 877-685-7362 (Amerika Syarikat) atau 478-219-0241 (Antarabangsa), kod laluan 6087567. Siaran web secara langsung yang hanya boleh didengar boleh diperolehi melalui bahagian Perhubungan Pelabur di laman web The Hartford di https://ir.thehartford.com. Satu ulang tayang bagi panggilan itu bersama dengan transkrip bagi acara itu boleh didapati untuk tempoh sekurang-kurangnya 90 hari.

Citigroup Global Markets Inc. bertindak sebagai penasihat kewangan utama bagi The Hartford, dengan Deutsche Bank Securities Inc. juga menyediakan nasihat kewangan. Mayer Brown memberikan nasihat guaman kepada The Hartford.

Maklumat tambahan berhubung urus niaga itu boleh didapati di laman web The Hartford di https://www.thehartford.com, termasuk satu dek pembentangan yang meringkaskan terma penting kewangan dan manfaat daripada pengambilalihan itu, dan dalam Laporan Semasa pada Borang 8-K yang difailkan hari ini dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa oleh The Hartford dan Navigators.
 
Maklumat mengenai The Hartford

The Hartford adalah sebuah pemimpin di dalam insurans harta dan kecederaan, faedah berkumpulan dan dana bersama. Dengan mempunyai lebih daripada 200 tahun kepakaran, The Hartford diiktiraf secara meluas kerana kecemerlangan perkhidmatan, amalan kemampanan, amanah dan integriti mereka. Maklumat lanjut mengenai syarikat itu dan prestasi kewangan mereka boleh diperolehi di https://www.thehartford.com. Ikuti kami di Twitter di www.twitter.com/TheHartford_PR.

The Hartford Financial Services Group, Inc. (NYSE: HIG) beroperasi menerusi anak syarikat mereka di bawah nama jenama, The Hartford, dan beribu pejabat di Hartford, Conn. Untuk maklumat tambahan, sila baca notis undang-undang The Hartford.

HIG-F, C

*Merujuk kepada langkah kewangan yang tidak dikira mengikut prinsip perakaunan yang diterima umum (bukan GAAP). Lihat di bawah mengikut tajuk "Perbincangan bagi Langkah-langkah Kewangan Bukan GAAP" untuk maklumat tambahan, termasuk langkah GAAP Amerika Syarikat yang setanding secara langsung.
 
Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan

Kenyataan tertentu yang dibuat di dalam siaran ini perlu dipertimbangkan sebagai kenyataan yang berpandangan ke hadapan seperti yang ditakrifkan dalam Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Ini termasuk kenyataan mengenai keputusan masa hadapan bagi operasi dan unjuran The Hartford berhubung kesan daripada pengambilalihan Navigators. Kami memberi amaran kepada pelabur bahawa kenyataan-kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini tidak menjamin prestasi masa hadapan, dan hasil sebenar mungkin berbeza secara material.

Faktor-faktor yang boleh menyebabkan keputusan sebenar The Hartford berbeza, mungkin secara material, daripada kenyataan-kenyataan yang berpandangan ke hadapan termasuk tetapi tidak terhad kepada (i) penerimaan kelulusan kawal selia bagi urus niaga itu; (ii) kejayaan penutupan urus niaga dalam jangka masa yang dianggarkan; (iii) kegagalan untuk merealisasikan sinergi yang dijangkakan daripada urus niaga itu atau kelewatan dalam merealisasikannya; (iv) kesan perakaunan pembelian, termasuk penentuan bagi muhibah dan aset tak ketara yang lain pada penutupan; (v) kos penyatuan; (vi) caj-caj berkaitan pemerolehan, termasuk kos urus niaga dan perubahan dalam kerugian pada rizab Navigators atau item kunci kira-kira yang lain yang dianggap perlu pada penutupan; (vii) keadaan industri; dan (viii) faktor-faktor lain yang boleh didapati di dalam siaran berita The Hartford dan fail SEC, termasuk yang dibincangkan dalam siaran berita The Hartford yang dikeluarkan pada 26 Julai 2018, Laporan Suku Tahunan The Hartford pada Borang 10-Q, Laporan Tahunan 2017 The Hartford pada Borang 10-K, dan pemfailan lain yang kami lakukan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini siaran berita ini, yang menggambarkan keadaan setakat tarikh hari ini.
 
Maklumat Tambahan dan Di Mana untuk Mendapatkannya

Dari semasa ke semasa, The Hartford boleh menggunakan laman webnya untuk menyebarkan bahan maklumat syarikat. Maklumat kewangan dan maklumat penting yang lain mengenai The Hartford boleh diakses secara rutin melalui dan dipaparkan di laman web kami di https://ir.thehartford.com. Di samping itu, anda boleh secara automatik menerima makluman e-mel dan maklumat lain mengenai The Hartford apabila anda mendaftarkan alamat e-mel anda dengan melayari bahagian "E-mel Alerts" di https://ir.thehartford.com.
 
Perbincangan bagi Langkah-langkah Kewangan Bukan GAAP

Siaran media ini termasuk perolehan teras langkah kewangan, yang tidak diperoleh daripada prinsip perakaunan yang diterima umum ("GAAP"). Syarikat itu menggunakan pendapatan teras untuk membantu pelabur dalam menganalisis impak yang dianggarkan bagi pengambilalihan terhadap prestasi operasi Syarikat itu untuk tempoh yang dibentangkan. Syarikat itu percaya pendapatan teras menyediakan kepada pelabur dengan satu ukuran bernilai bagi prestasi perniagaan berterusan Syarikat itu kerana ia mendedahkan trend di dalam perniagaan insurans dan perkhidmatan kewangan kami yang mungkin dikaburkan dengan memasukkan kesan bersih bagi keuntungan dan kerugian modal tertentu yang direalisasikan, penstrukturan semula tertentu dan kos lain, kos penyatuan dan urus niaga yang berkaitan dengan sebuah perniagaan yang diambil, penempatan pencen, kerugian pada penghapusan hutang, keuntungan dan kerugian pada urus niaga gandaan insurans semula, faedah cukai pendapatan daripada pengurangan dalam elaun penilaian cukai pendapatan tertunda, kesan pada pembaharuan cukai ke atas aset bersih cukai tertunda, dan keputusan terhadap operasi yang dihentikan. Beberapa keuntungan dan kerugian modal yang direalisasikan didorong terutamanya oleh keputusan pelaburan dan perkembangan ekonomi luaran, sifat dan masa yang tiada kaitan dengan aspek insurans dan pengunderaitan bagi perniagaan kami. Oleh itu, pendapatan teras tidak termasuk kesan bagi semua keuntungan dan kerugian (cukai bersih dan kesan DAC) yang cenderung kepada berubah-ubah yang sangat tinggi dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keadaan pasaran modal. Walau bagaimanapun, Syarikat itu percaya bahawa beberapa keuntungan dan kerugian modal yang direalisasikan adalah berkaitan secara terperinci dengan operasi insurans kami, oleh itu pendapatan utama termasuk keuntungan dan kerugian bersih yang direalisasikan seperti penempatan berkala bersih ke atas derivatif kredit. Keuntungan dan kerugian bersih direalisasikan secara langsung dengan item pengimbangan yang termasuk di dalam penyata pendapatan seperti pendapatan pelaburan bersih.

Pendapatan bersih (kerugian) adalah langkah-langkah GAAP Amerika Syarikat yang paling tepat untuk pendapatan teras. Pendapatan teras tidak boleh dianggap sebagai pengganti bagi pendapatan bersih (kerugian) dan tidak mencerminkan keuntungan keseluruhan bagi perniagaan syarikat itu. Oleh itu, Syarikat itu percaya bahawa adalah berguna bagi pelabur untuk menilai kedua-dua pendapatan bersih (kerugian) dan pendapatan teras apabila mengkaji semula prestasi syarikat itu. Satu penyelarasan kuantitatif bagi pendapatan bersih (kerugian) kepada pendapatan teras (kerugian) tidak dikira mengikut asas pandangan ke hadapan kerana adalah tidak mungkin untuk memberikan satu ramalan yang boleh dipercayai bagi keuntungan dan kerugian modal yang dapat direalisasikan, yang lazimnya berbeza-beza dari semasa ke semasa.

Oleh kerana pengiraan bagi pendapatan teras Syarikat itu mungkin berbeza daripada langkah-langkah yang serupa yang digunakan oleh syarikat lain, pelabur harus berhati-hati apabila membandingkan pendapatan teras Syarikat itu dengan langkah-langkah kewangan GAAP yang digunakan oleh syarikat lain.

Syarikat itu menggunakan pendapatan bersih, sebelum kos penyatuan dan caj berkaitan pengambilalihan, di sini untuk membantu pelabur dalam menganalisis impak yang diunjurkan bagi pengambilalihan terhadap prestasi operasi Syarikat itu untuk tempoh yang dibentangkan. Syarikat itu percaya ia adalah satu langkah yang bernilai untuk menggambarkan impak kadar larian ke atas pendapatan yang dijangkakan oleh pengambilalihan yang mungkin dikaburkan oleh caj-caj yang berkaitan dengan pengambilalihan, termasuk kos urus niaga dan perubahan dalam rizab kerugian Navigators atau item lain pada kunci kira-kira yang boleh dicatatkan oleh The Hartford pada penutupan. Pendapatan bersih (kerugian) adalah ukuran GAAP Amerika Syarikat setanding yang paling tepat.

1 Sumber: Laporan Tahunan 2017 Navigators pada Borang 10-K dan Laporan Suku Tahunan pada Borang 10-Q yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa dan maklumat lain yang disediakan oleh Navigators.

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180822005271/en/

Hubungi
Media:
The Hartford
Michelle Loxton, 860-547-7413
michelle.loxton@thehartford.com
atau
Pelabur:
The Hartford
Sabra Purtill, 860-547-8691
sabra.purtill@thehartford.com

Sumber : The Hartford

No comments:

Post a Comment