Friday, August 17, 2018

NTT COMMUNICATIONS DAN ARKADIN DIBERI PENGHORMATAN PADA ANUGERAH ICT ASIA PASIFIK FROST & SULLIVAN 2018

TOKYO, 16 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation  (NTT Com), perniagaan penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di dalam Kumpulan NTT (TOKYO: 9432), dan Arkadin,  sebuah syarikat NTT Communications dan pemimpin pasaran di dalam perkhidmatan Komunikasi dan Kerjasama awan yang Disatukan, hari ini mengumumkan bahawa kedua-dua mereka telah menerima Anugerah ICT Asia Pasifik Frost & Sullivan 2018.

NTT Com telah diiktiraf sebagai Pembekal Terbaik Perkhidmatan UCC Akhir ke Akhir Asia Pasifik untuk Tahun 2018, dan Pembekal Terbaik Perkhidmatan Pusat Data Telco Asia Pasifik untuk Tahun 2018, dan Arkadin telah diiktiraf sebagai Anugerah Kepimpinan Strategi Barisan Keluaran Kerjasama Perusahaan Asia Pasifik Frost & Sullivan 2018. Keputusan itu telah diumumkan pada Anugerah ICT Asia Pasifik Frost & Sullivan 2018 di Singapura pada 15 Ogos.

Menurut Shuishan Lu, Penganalisis Industri, Amalan ICT, Frost & Sullivan, "Rangkaian NTT Communications bagi perkhidmatan komunikasi dan kerjasama yang disatukan akhir ke akhir (UCC) menawarkan perangkaian, suara, integrasi sistem dan perundingan, penggunaan awan, dan perkhidmatan terurus.

Di bawah Kumpulan NTT, NTT Communications, Dimensi Data, dan Arkadin telah berpadu tenaga untuk menawarkan penyelesaian dan perkhidmatan UCC akhir ke akhir bagi pelanggan perusahaan. Strategi menuju ke pasaran "Pasukan NTT” itu seterusnya mengukuhkan keupayaan perundingan dan pergerakan projek NTT Communications di dalam pasaran perkhidmatan UCC yang sangat berdaya saing.” Berhubung dengan Pembekal Terbaik Perkhidmatan Data Pusat Telco Asia Pasifik untuk Tahun berkenaan, Yu Xuan Ng, Penganalisis Industri, Amalan ICT, Frost & Sullivan, berkata, "NTT Communications telah mencapai kejayaan dengan menangani permintaan pasaran daripada vendor awan yang berskala hiper dan membezakannya daripada pesaing dengan penyelesaian penyambungan mereka yang dijamin selamat (SD-Exchange) dan portfolio perkhidmatan yang ditambah nilai. Hasil daripada inisiatif strategik mereka itu, NTT Communications telah mencapai pertumbuhan pendapatan tahun ke tahun yang luar biasa di dalam pasaran perkhidmatan pusat data."

Mengenai anugerah Arkadin, Penganalisis Penyelidikan Chong Zi Ning, Amalan ICT, Frost & Sullivan berkata, "Peningkatan pelbagai platform digital semakin meningkatkan kerumitan bagi kerjasama dan komunikasi perusahaan. Kekurangan kepakaran dan keupayaan perancangan adalah merupakan cabaran utama di dalam melaksanakan transformasi digital di dalam organisasi. Arkadin adalah satu daripada syarikat yang pertama yang menggunakan transformasi digital di dalam operasi mereka. Meningkatkan integrasi bagi keupayaan mesyuarat awan dalam sistem Microsoft UCaaS, syarikat itu terus menyampaikan pengalaman kerjasama yang terbaik di dalam kelasnya di Asia Pasifik. Sebagai rakan pembolehan tempat kerja Microsoft yang moden, kepakaran Arkadin telah membawa kejayaan kepada organisasi di dalam perjalanan transformasi tempat kerja mereka."

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11336

No comments:

Post a Comment