Saturday, August 25, 2018

EASTSPRING UMUM AGIHAN PENDAPATAN TARGET INCOME FUND 6



KUALA LUMPUR , 24 Ogos (Bernama) -- Eastspring Investments Bhd mengumumkan agihan pendapatan kasar 0.0206 sen seunit atau pulangan dividen 2.00 peratus bagi Eastspring Investments Target Income Fund 6, untuk tahun kewangan berakhir 31 Mei 2018.
Semua pemegang unit yang mengekalkan pegangan masing-masing dalam dana itu sehingga 23 Ogos, 2018, layak memperoleh agihan pendapatan berkenaan, kata syarikat pengurusan aset itu dalam satu kenyataan pada 24 Ogos 2018.
Dana bon terkumpul lima tahun itu merupakan siri keenam dana pendapatan sasaran.
"Agihan ini selaras dengan matlamat dana untuk memberikan pendapatan tetap sepanjang tempoh dana.
"Pendapatan yang diumumkan akan dibayar sama ada melalui e-pembayaran mengikut arahan pemegang unit semasa pembukaan akaun atau melalui cek," kata Eastspring.
Katanya, selepas beberapa bulan mengalami kelembapan, selera risiko untuk pasaran kredit Asia melantun semula pada bulan Julai dengan sebaran kredit mengecil, disertai dengan pembalikan trend aliran semula pelabur dalam aset pasaran negara-negara membangun.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment