Tuesday, August 21, 2018

NEURALSTEM MENYEDIAKAN KEMAS KINI PERNIAGAAN DAN MELAPORKAN HASIL FISKAL SUKU KEDUA 2018

GERMANTOWN, Md., 20 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Neuralstem, Inc. (Nasdaq:CUR), sebuah syarikat biofarmaseutikal yang memfokuskan pada perkembangan terapi sistem saraf berasaskan teknologi sel induk saraf dan teknologi campuran molekul kecil, menyediakan kemas kini perniagaan dan melaporkan hasil kewangannya untuk suku kedua berakhir 30 Jun 2018.

“Kami berbesar hari untuk melaporkan suku kedua 2018 yang produktif sementara kami terus meningkatkan rancangan inovatif terapi sel induk saraf dan molekul kecil kami,” kata Jim Scully, Ketua Pegawai Eksekutif sementara Neuralstem. “Kami teruja terutamanya tentang kemajuan calon terapi sel stem utama kami, NSI-566, dalam ujian Fasa 2 strok iskemia, serta aplikasi berpotensinya ke bidang yang kurang mendapat perhatian perubatan yang lain. Tambahan lagi, berdasarkan data praklinikal yang menggalakkan, kami teruja untuk menerokai aplikasi rawatan berpotensi molekul kecil NSI-189 kami, termasuklah Sindrom Angelman dan Penyakit Alzheimer.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11339

No comments:

Post a Comment