Friday, August 3, 2018

TOSHIBA UMUMKAN PEMACU KERAS SIRI MN07 YANG BAHARU UNTUK OEM DAN PENYEPADU PLATFORM NAS

Pemacu keras Kelas NAS 12TB dan 14TB 3.5-inci memberi manfaat kepada kedua-dua kos berkapasiti dan jumlah kos bagi pemilikan dalam rangkaian peralatan storan terpasang

TOKYO, 31 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation ("Toshiba"), sebuah pemimpin teknologi yang komited, mengumumkan pemacu cakera keras Siri MN07 12TB1 dan 14TB 3.5-inci2  untuk digunakan dalam platform NAS. Toshiba Siri MN07 itu menggunakan reka bentuk mekanikal helium yang diselaraskan untuk mencapai kapasiti besar 14TB dan 12TB. Model 14TB itu meningkatkan kecekapan kuasa dengan kira-kira 55 peratus (W/GB3) berbanding dengan reka bentuk mekanikal 10TB "udara" 7,200 rpm sebelum ini.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180730005312/en/


Siri MN07 itu direka untuk digunakan dalam perkakasan NAS dengan lapan atau lebih ruang pemacu dan sesuai untuk fail NAS dan aplikasi penyimpanan objek yang memerlukan pemacu cakera dengan penarafan beban kerja sehingga 180TB setahun4. Model MN07 itu mempunyai teknologi pampasan getaran dan Format lanjutan (AF) 512e teknologi sektor. Di samping itu, kedua-dua peranti menawarkan pengoperasian 24/7, kebolehpercayaan yang lebih baik dengan MTTFbagi 1.0 Juta jam, dan serasi dengan ruang NAS 3.5-inci pihak ketiga yang popular.

"Siri MN07 Toshiba yang baharu menyediakan prestasi dan ketahanan kelas NAS yang terbukti. Mekanik 9 cakera Toshiba yang eksklusif, terkedap dengan helium memberikan nilai sebenar kepada OEM dan penyepadu penyelesaian penyimpanan fail dan objek yang menggunakan teknologi storan yang dipasang pada rangkaian yang terbukti," kata Shuji Takaoka, Pengurus Besar bagi Bahagian Pemasaran & Jualan Produk Penyimpanan di Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation. "Model Siri MN07 termasuk teknologi pampasan RV untuk prestasi optimum dalam ruang NAS pelbagai cakera dan direka untuk operasi 24/7 yang mantap sehingga 300,000 kitaran beban/punggah."

Penghantaran sampel bagi siri MN07 itu akan bermula hari ini.
 
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk penyimpanan lengkap HDD Toshiba, sila layari:  https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/storage-products/client-hdd.html dan ikuti @ToshibaSemi_EN di Twitter.
 
 
1 Definisi bagi kapasiti: Toshiba mendefinisikan satu megabait (MB) sebagai 1,000,000 bait, satu gigabait (GB) sebagai 1,000,000,000 bait dan satu terabait (TB) sebagai 1,000,000,000,000 bait. Sebuah sistem pengendalian komputer, bagaimanapun, melaporkan kapasiti penyimpanan menggunakan kuasa 2 untuk definisi 1GB = 230 = 1,073,741,824 bait dan oleh itu menunjukkan kapasiti penyimpanan yang lebih kecil. Kapasiti storan yang ada (termasuk contoh bagi pelbagai fail media) akan berbeza-beza berdasarkan kepada saiz fail, pemformatan, tetapan, perisian dan sistem pengendalian, seperti Sistem Pengendalian Microsoft dan/atau aplikasi perisian prapasang, atau kandungan media. Kapasiti diformat yang sebenarnya mungkin berbeza-beza.
2 Faktor Bentuk: "3.5 inci" bermaksud faktor bentuk HDD atau SSD. Mereka tidak menunjukkan saiz fizikal pemacu.
3 Kecekapan kuasa dikira berdasarkan kepada penggunaan kuasa melahu yang aktif yang dibahagikan dengan kapasiti yang diformatkan.
4 Beban kerja adalah satu ukuran bagi data pada sepanjang tahun, dan ia ditakrifkan sebagai jumlah data yang ditulis, dibaca atau disahkan oleh arahan daripada sistem hos.
5 MTTF (Masa Min kepada Kegagalan) bukan satu jaminan atau anggaran bagi hayat produk; ia adalah nilai statistik yang berkaitan dengan kadar kegagalan min bagi sebilangan besar produk yang mungkin tidak mencerminkan operasi sebenar secara tepat. Hayat operasi sebenar bagi produk mungkin berbeza daripada MTTF.

Pertanyaan Produk:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Bahagian Produk Penyimpanan
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

* Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

* Nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan yang dinyatakan di sini adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti utama yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.
Seramai 19,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan bagi menggalakkan penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 700 bilion yen (AS$6 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html
 

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180730005312/en/


Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
Jabatan Pemasaran Digital
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

No comments:

Post a Comment