Monday, August 27, 2018

HUB SS2 TINGGAL UNIT TERHAD

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Hub SS2, sebuah pembangunan komersial di Petaling Jaya oleh Selangor Dredging Bhd (SDB), telah berjaya disiapkan baru-baru ini dan diserahkan kepada pembeli.
"Hub SS2 Hub telah direka untuk mereka yang mahukan perbezaan. Beberapa unit yang sangat terhad masih boleh dibeli," kata SDB dalam kenyataannya.
Hub SS2 adalah sebuah pembangunan bercampur terdiri daripada 13 lot kedai dan pejabat dua setengah tingkat dan 276 suite khas dalam sebuah menara pusat 44 tingkat. 
Ia terletak di Jalan Harapan yang baru dibuka menghubungkan SS2 Petaling Jaya ke Lebuhraya SPRINT berhampiran 3 Damansara (dahulu Tropicana Mall).
Kemudahan yang ada pada Hub SS2 termasuk gimnasium, kolam renang, landskap dengan karya seni dan ukiran, ciri keselamatan termaju dan sambungan jalur lebar gentian optik.
Pembangunan baharu suite dan pejabat di Hub SS2 untuk generasi akan datang itu disasar memberi inspirasi bekerja yang seimbang dengan kehidupan seharian, suasana kondusif untuk berfikir, bekerja dan berhubung.
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment