Monday, August 27, 2018

​VISTAJET MENAMBAH BINTANG MICHELIN PADA FESTIVAL PERTENGAHAN MUSIM LURUH DENGAN HIDANGAN KANTONIS DALAM PESAWAT OLEH DUDDELL'S

VistaJet menjemput restoran Hong Kong pemenang anugerah untuk mencipta semula menu masakan yang indah untuk penumpang yang merayakan musim perayaan di udara
  • Menu Perayaan Pertengahan Musim Luruh khas bagi penerbangan dari Hong Kong dan London pada bulan September
  • Kuih bulan buatan tangan dibalut dalam seni ilham tradisi oleh pelukis Chu Hing Wah
  • Para tetamu juga boleh menikmati menu pilihan VistaJet di destinasi restoran Duddell’s di Hong Kong dan London



HONG KONG, 23 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- VistaJet, syarikat penerbangan perniagaan pertama dan satu-satunya, hari ini mengumumkan kerjasamanya dengan Duddell’s, masakan berbintang Michelin, destinasi kebudayaan dan sosial di Hong Kong.  Duddell’s  dan VistaJet akan berganding bersama untuk mencipta menu dalam penerbangan yang eksklusif dan kuih bulan edisi terhad untuk meraikan Perayaan Pertengahan Musim Luruh Cina yang akan datang.  Makanan istimewa ini tidak terhad kepada penerbangan - tetamu juga akan dapat menikmati menu VistaJet pada bulan September di restoran Duddell’s di Hong Kong dan London, yang menawarkan hidangan kegemaran Kantonis klasik dalam seting seni halus dan menawan.

Kuih bulan dengan kastard krim dambaan Duddell’s juga akan dapat dinikmati di luar restoran Hong Kong buat pertama kali. Hidangan istimewa ini didatangkan dalam kotak hadiah dan beg edisi terhad yang menampilkan hasil seni oleh pelukis Hong Kong terkenal Chu Hing Wah. Hasil kerja seni ini diilhamkan oleh sambutan lalu artist ini bersama keluarga beliau sendiri di Yuen Long. Pilihan warna yang pelbagai daripada Chu Hing Wah melambangkan keseronokan yang dibawa semasa pertemuan, kegembiraan Perayaan Pertengahan Musim Luruh serta dan suasana perayaan sebenar.

Tawaran perayaan eksklusif didedikasikan untuk semua Ahli VistaJet menghargai pengalaman bersantap yang baik dan mencari cara yang baik untuk meraikan percutian. Menu bermusim untuk penerbangan berlepas dari Hong Kong terdiri daripada sup ayam hitam renih berganda dengan rempah qi zi dan perut ikan, hidangan yang kaya dan berkhasiat dengan kolagen daripada perut ikan, dan makanan istimewa Kantonis abalon Afrika ditumis 5 kepala dengan cendawan shiitake dalam sos abalone hebat distu hingga masak sempurna dengan haba sederhana selama sembilan jam. Duddell's di London juga akan turut menampilkan menunya sendiri untuk penerbangan berlepas dari kota itu, termasuk hidangan kegemaran orang Eropah dan hidangan pelbagai wilayah.

“Kami amat gembira untuk bekerjasama dengan Duddell's bagi sambutan Perayaan Pertengahan Musim Luruh kami tahun ini,” ujar Leona Qi, Presiden Asia di VistaJet. “Idea di sebalik kempen itu bermula dengan keghairahan kami untuk memilih penemuan pengalaman yang lain daripada yang lain. Menu perayaan dan hadiah kuih bulan melambangkan intipati masakan Kantonis dan budaya Cina. VistaJet dan Duddell's memenuhi sikap mengalu-alukan dan semangat untuk kesenian, untuk mewujudkan persekitaran yang sempurna untuk berkongsi makanan yang baik dan perayaan percutian.”

Berikutan pelancaran VistaJet’s Adventures in the Sky, program pengembara yang paling menyeluruh yang direka untuk kanak-kanak di altitud tinggi sambutan Perayaan Pertengahan Musim Luruh menjadi siri program inovatif VistaJet untuk meningkatkan pengalaman pengembaraan pelanggan. VistaJet adalah satu-satunya syarikat jet swasta untuk terbang ke 96% dari dunia, tetapi menjadi global bukan hanya mengenai geografi semata-mata – ini juga adalah mengenai penemuan, perhormatan, dan mewakili tradisi dan rasa dari semua negara dan wilayah.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11344

No comments:

Post a Comment