Saturday, August 11, 2018

Syarikat ASEAN antara pemenang program anugerah tahunan syarikat antarabangsa

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) – Organisasi dan eksekutif dari negara-negara Asean antara pemenang Anugerah Stevie Emas, Perak dan Gangsa dalam Anugerah Perniagaan Tahunan ke-15, satu-satunya program anugerah syarikat antarabangsa yang menyeluruh di dunia.

Antara pemenang utama Anugerah Stevie Emas ialah Telkom Indonesia, Switching-Time, China,  Emiriah Arab Bersatu, Makers Nutrition, AS, PJ Lhuillier, Inc, Filipina, dan Reklam5 Digital Agency, Turki.

Pemenang empat Anugerah Stevie Emas termasuk Akbank, Turki, Cisco, GXEVER, China, Jeunesse Global, AS, LLORENTE & CUENCA, Sepanyol, Magnet20, Turki, PT Petrokimia Gresik, Indonesia; Ribose, Hong Kong, Thai Life Insurance, Thailand; Turk Telekom, Turki; dan Bank Yapi Kredi, Turki.

Pemenang Stevie Perak bagi anugerah Pemula Niaga Industri Produk Pengguna Tahunan ialah SuperLife World dari Kuala Lumpur.

Acara penganugerahan itu dijadualkan berlangsung di London pada 20 Okt ini, menurut satu kenyataan.

Lima negara yang mempunyai pencalonan paling banyak ialah Amerika Syarikat, Turki, Korea Selatan, United Kingdom dan Indonesia.

Pemenang dipilih daripada lebih 3,900 pencalonan yang diterima daripada organisasi dan individu di 74 negara.

“Semua organisasi di seluruh dunia layak bertanding dalam Anugerah Perniagaan Antarabangsa dan boleh menghantar entri dalam pelbagai kategori, termasuk anugerah pengurusan, anugerah syarikat tahun ini, anugerah pemasaran, anugerah hubungan awam, anugerah hubungan pelanggan, anugerah produk baharu, anugerah IT, anugerah laman web dan banyak lagi,” katanya.

Anugerah Stevie diberikan dalam tujuh program iaitu Anugerah Stevie Asia Pasifik, Anugerah Stevie Jerman, Anugerah Perniagaan Amerika, Anugerah Perniagaan Antarabangsa, Anugerah Stevie untuk Wanita dalam Perniagaan, Anugerah Stevie untuk Majikan Terbaik dan Anugerah Stevie untuk Jualan & Khidmat Pelanggan.

Senarai penuh pemenang Anugerah Stevie 2018 mengikut kategori boleh didapati di www.StevieAwards.com/IBA atau maklumat lanjut boleh didapati di www.StevieAwards.com.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment