Thursday, August 9, 2018

PROGRAM PERCUMA CURTIN MENEMPATKAN PELAJAR-PELAJAR ANTARABANGSA PADA LANDASAN UNTUK KEJAYAAN

PERTH, Australia, 9 Ogos, 2018/Medianet International-AsiaNet

Dalam satu usaha untuk membantu pelajar-pelajar antarabangsa memenuhi keperluan bahasa Inggeris dan meletakkan mereka di landasan yang menuju kejayaan, Universiti Curtin kini menawarkan sebuah program percuma selama 10 minggu yang disesuaikan khusus untuk meningkatkan kemahiran bahasa dan melibatkan pelajar-pelajar secara mendalam di dalam budaya akademik Australia.

Sebagai tambahan kepada latihan bahasa Inggeris yang termasuk bertutur, mendengar, membaca, menulis, tatabahasa dan sokongan perbendaharaan, program 10 minggu itu akan menawarkan pembelajaran di dalam bidang seperti kemahiran belajar, kemahiran rujukan akademik, pembangunan pemikiran kritis dan bagaimana untuk berkomunikasi dengan berkesan dalam seminar, perbincangan dan pembentangan dalam suatu konteks akademik. Ia juga akan memberikan satu pengenalan kepada garis panduan kursus dan sistem pelajar Curtin serta lawatan khas ke fakulti-fakulti Curtin yang berkaitan.

Timbalan Naib Canselor Antarabangsa Universiti Curtin Profesor Seth Kunin berkata program itu akan dimulakan dengan kadar segera bagi pelajar-pelajar antarabangsa yang merancang untuk memasuki kursus-kursus di Universiti itu dari tahun 2019 dan seterusnya yang telah dikenalpasti sebagai keperluan untuk meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris mereka.

Profesor Kunin berkata program itu akan menawarkan kepada pelajar-pelajar antarabangsa dengan kemahiran yang diperlukan untuk menyokong pengajian universiti mereka di Curtin.

"Dengan mempunyai kampus di Malaysia, Singapura, Dubai dan Mauritius, di samping dua kampus utama di Australia Barat, Curtin adalah sebuah universiti yang benar-benar bersifat global dan kami mahu memastikan agar pelajar-pelajar kami dilengkapi dengan peralatan untuk berjaya di dalam pengajian tinggi mereka," kata Profesor Kunin.

"Program ini, yang akan membantu pelajar-pelajar antarabangsa mencapai tahap bahasa Inggeris yang diperlukan dan memudahkan mereka mengharungi pengajian universiti mereka, akan boleh diperolehi secara percuma kepada pelajar-pelajar antarabangsa yang ingin belajar di Universiti Curtin."

Profesor Kunin berkata program itu bertujuan untuk menjadikan pelajar-pelajar antarabangsa lebih selesa dan biasa dengan konteks akademik di Australia melalui program selama 10 minggu itu.

"Kami tidak akan berkompromi dengan standard kami yang sedia ada bagi kemahiran bahasa Inggeris tetapi kami menyedari bahawa sesetengah pelajar akan memerlukan tahap sokongan tambahan dan program ini akan memberikan mereka bantuan yang terbesar," kata Profesor Kunin.

"Dengan menawarkan program percuma ini, kami telah memecahkan halangan bahasa dan budaya dalam satu usaha untuk menawarkan kepada pelajar-pelajar antarabangsa dengan suatu rasa sebenar mengenai apa yang diajar di Universiti Curtin."

Program itu adalah percuma hanya bagi pelajar yang mempunyai syarat bahasa Inggeris pada tawaran mereka dan seterusnya mengikuti pengajian universiti di kampus Universiti Curtin di Perth, Australia Barat.

Yuran kursus Curtin juga dibekukan untuk tempoh dua tahun akan datang, bermakna seseorang pelajar yang mula belajar di Curtin pada tahun 2018 akan membayar yuran yang sama bagi kebanyakan kursus pada tahun 2019.

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=11318

No comments:

Post a Comment