Friday, August 17, 2018

ANUGERAH SEBA 2018 DIJADUAL PADA 14 NOV

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Usahawan korporat dan syarikat terbaik Malaysia akan dirai pada Anugerah Perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Keusahawanan 2018 (SEBA 2018) yang dijadualkan pada 14 Nov, di Palace of the Golden Horses di Seri Kembangan, Selangor.
Diadakan untuk tahun ketiga berturut-turut, anugerah dianjurkan oleh Yayasan Usahawan Malaysia (MyPreneurship), sebuah institusi bukan kerajaan yang ditubuhkan untuk menyokong usahawan dan perniagaan.
Pengasas MyPreneurship, Nitesh Malani berkata individu dan syarikat yang menjadi contoh pengubah dalam pelbagai bidang akan dirai pada majlis SEBA 2018.
"Mereka adalah pemimpin yang telah berjaya mengubah organisasi mereka dan mencipta legasi inspirasi kepada yang lain. Syarikat-syarikat yang berjaya ini adalah pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia dan akan membuka jalan ke arah kemajuan yang berterusan," katanya.
Beliau berkata SEBA 2018 diadakan sebagai inisiatif untuk mengiktiraf usahawan dan korporat cemerlang serta bakat baharu yang mengubah wajah industri.
SEBA 2018 akan memperkenalkan Institut Pendidikan Usahawan SEBA dan Kelab Perniagaan SEBA yang bertujuan menyediakan program keusahawanan dan platform rangkaian kepada calon-calon dan para penerima anugerah.
Lebih daripada 500 syarikat dan usahawan dijangka dicalonkan untuk SEBA 2018 berdasarkan satu sistem pengesahan dan penyaringan.
Untuk maklumat lanjut, lawati www.seba.asia.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment