Wednesday, August 1, 2018

KUMPULAN TRICOR MEMPERLUASKAN KE DALAM PERKHIDMATAN HUTANG DENGAN PEMEROLEHAN PEMIMPIN PASARAN ASIA MADISON PACIFIC

Penyedia perkhidmatan perniagaan terkemuka Asia meningkatkan keupayaan dengan perkhidmatan pemegang amanah hutang baharu
 
HONG KONG, 1 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kumpulan Tricor ("Tricor"), penyedia terkemuka Asia bagi perkhidmatan perniagaan, korporat dan pelabur, dengan sukacitanya ingin mengumumkan pada hari ini mengenai perjanjian mereka untuk memperoleh Kumpulan Madison Pacific, penyedia persendirian terkemuka bagi perkhidmatan amanah korporat dan agensi di seluruh Asia ("Madison Pacific").
 
Digabungkan dengan perniagaan semasa Tricor Investor Services, Madison Pacific, yang mengkhususkan diri dalam penyediaan amanah korporat, agensi pinjaman dan perkhidmatan pemegang amanah keselamatan, akan memberikan Tricor sebuah platform lengkap untuk menyokong pelanggan korporat di dalam keperluan modal mereka dalam pasaran hutang dan ekuiti, terutamanya di Hong Kong, satu daripada pasaran modal yang terbesar di dunia.
 
Pengambilalihan itu menambahkan francais Madison Pacific yang mantap dan kepakaran mendalam di dalam hutang korporat dan pelaburan kepada platform Tricor dan membolehkan kumpulan gabungan itu untuk menawarkan penyelesaian yang canggih kepada pelanggan bagi kedua-dua firma. Madison Pacific ditubuhkan pada tahun 2010 di Hong Kong untuk menangani keperluan bagi sebuah penyedia pakar bebas dan berpengalaman untuk pemegang amanah pihak ketiga dan perkhidmatan agensi yang dipercayai dalam urus niaga tertumpu hutang rentas sempadan yang canggih.
 
Madison Pacific beroperasi di seluruh Asia dan EMEA dari pejabat di Hong Kong, Singapura dan London. Sejak penubuhannya Madison Pacific telah bertindak ke atas lebih 700 urus niaga dengan gabungan nilai melebihi AS$50 Bilion.
 
Lennard Yong, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan bagi Tricor, berkata: "Madison Pacific menambahkan keupayaan yang penting kepada penyelesaian pelanggan Tricor. Kami kini menjadi pembekal nombor satu bagi penyedia penyelesaian pendaftar saham di Hong Kong, diyakini oleh lebih 1,200 syarikat di Bursa Saham Hong Kong. Memandangkan keperluan modal pelanggan kami matang untuk merangkumi penerbitan hutang, Tricor kini boleh menyediakan penyelesaian sebagai sebuah penyedia amanah korporat, sekali gus membolehkan pelanggan kami untuk lebih mudah mengakses modal di dalam pasaran hutang. Keupayaan kami yang dipertingkatkan dengan Madison Pacific meningkatkan status kami sebagai rakan yang paling diinginkan di dalam penyelesaian perniagaan."
 
Jonathan Hatch dan David Naphtali, Pengarah Urusan bagi Madison Pacific mengulas: "Kami sangat gembira untuk melangkah ke satu tahap baharu di dalam pertumbuhan global dengan sebuah rakan yang mantap. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan dan pihak berkepentingan di atas sumbangan mereka yang berharga, terutamanya Lennard di atas pengawasan beliau yang bijak bagi urus niaga ini bagi pihak Tricor. Pemahaman Tricor yang mendalam tentang kepercayaan korporat sebagai satu perkhidmatan profesional, bukannya satu perkhidmatan pentadbiran, adalah tepat mengenai apa yang telah mendorong kejayaan kami sendiri sehingga sekarang, dan kami yakin bahawa platform kami yang diperluaskan akan memberikan nilai yang lebih baik kepada pelanggan kami.
 
Tricor juga gembira untuk mengiktiraf Pengarah Urusan Madison Pacific, Jonathan Hatch dan David Naphtali, yang kepimpinan dan pengalaman mereka telah membolehkan kejayaan Madison Pacific di dalam bidang kepakaran mereka. Lennard Yong berkata, "Saya sangat teruja dan berharap dapat bekerjasama dengan Jonathan dan David serta pasukan yang lebih luas di Madison Pacific. Jonathan dan David membawa bakat dan kepakaran yang luar biasa bersama-sama dengan perniagaan yang berkembang pesat yang melengkapkan jenama kami yang sedia ada. Dari ibu pejabat kami di Hong Kong, Tricor telah diiktiraf sebagai sebuah syarikat perkhidmatan korporat multinasional yang berpangkalan di Asia. Ketika Asia terus memacukan pertumbuhan ekonomi dunia, kami akan memanfaatkan kelebihan kedudukan geografi kami untuk membantu pelanggan kami mempercepatkan pertumbuhan di rantau ini. Bersama-sama dengan Madison Pacific, kami akan menyampaikan penyelesaian yang sangat tidak ternilai bagi pelanggan kami."
 
Maklumat mengenai Kumpulan Tricor 
 
Kumpulan Tricor (Tricor) mempunyai suatu kehadiran global yang semakin berkembang dan merupakan penyedia terkemuka di Asia bagi perkhidmatan perniagaan bersepadu, korporat dan pelabur. Sebagai sebuah pemboleh perkhidmatan perniagaan, Tricor menyediakan kepakaran penyumberan luar di dalam pembayaran gaji, perakaunan, kesetiausahaan korporat dan perkhidmatan pelabur. Tricor telah menikmati pengembangan pesat melalui pertumbuhan dan pembangunan organik serta penggabungan dan pengambilalihan, hari ini dengan 29,000 pelanggan di seluruh dunia, kekuatan kakitangan lebih dari 2,000 orang dan sebuah rangkaian pejabat di 37 bandar raya merentasi 20 buah negara / wilayah. Portfolio pelanggan kami termasuk lebih 1,200 syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong, lebih 500 syarikat yang tersenarai di Singapura dan Malaysia, lebih 40% daripada syarikat Fortune Global 500, serta bahagian besar multinasional dan perusahaan persendirian yang beroperasi merentasi pasaran antarabangsa. Pada Mac 2017, Dana Permira menjadi pemegang saham majoriti bagi Kumpulan Tricor, di samping pengurusan. Lihat: www.tricorglobal.com.
 
Maklumat mengenai Madison Pacific
 
Kumpulan Madison Pacific adalah sebuah penyedia persendirian yang unggul yang mempunyai pelbagai rangkaian perkhidmatan yang meluas terdiri daripada pemegang amanah, agensi, eskrow, penjagaan, pengarah dan perkhidmatan kesetiausahaan syarikat dalam pelbagai jenis urus niaga termasuk hutang persendirian dan awam dan kenaikan modal baru, penyusunan semula, urus niaga bermasalah, pemberesan dan penguatkuasaan yang rumit, pengurusan aset dalam situasi khas lain, dan pelaburan oportunistik.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180730005436/en/
 
Hubungi

KUMPULAN TRICOR HONG KONG (IBU PEJABAT)
Tricor Services Limited
Sunshine Farzan, +852 2980 1261
Sunshine.Farzan@hk.tricorglobal.com
atau
FleishmanHillard Hong Kong
Sadie Lam/Olivia Cao
+852 2586 7836/ +852 2586 7845
sadie.lam@fleishman.com/
olivia.cao@fleishman.com
atau
MADISON PACIFIC
Kumpulan Madison Pacific
David Naphtali, +852 2599 9500
dnaphtali@madisonpac.com
 
Sumber : Kumpulan Tricor
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment