Thursday, August 2, 2018

PENGASAS BERSAMA ETHER CAPITAL, MICHAEL CONN MENYERTAI AXEL SEBAGAI KETUA PEGAWAI STRATEGI

Bekas CEO dan Pengasas Bersama Ether Capital membawa rekod yang penuh kejayaan dalam hal kewangan, blockchain dan mata wang kripto

LAS VEGAS, 31 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- AXEL, syarikat teknologi pemenang anugerah dalam memberikan pengguna dengan pemilikan sebenar dan perlindungan terhadap data dan kandungan digital mereka, suka citanya mengumumkan pelantikan Michael Conn bagi jawatan Ketua Pegawai Strategi (CSO), bermula serta merta. Michael akan membantu mengetuai usaha untuk pelancaran akan datang AXEL Token dan pembangunan platform blockchain miliknya sendiri.

“Kami teruja bahawa Michael akan menyertai pasukan kami yang semakin berkembang di AXEL. Pengalaman dan pengetahuan beliau setelah bertahun-tahun dalam industri kewangan, serta kepakaran beliau dalam blockchain dan mata wang kripto sangat berharga kerana kini kami melancarkan usaha blockchain kami sendiri,” kata Ben Ow, Presiden dan Ketua Pegawai Teknologi (CTO) AXEL. “Kami menganggap diri kami sebagai peneraju dalam dunia privasi dan keselamatan dengan app perkongsian fail kami dinikmati oleh berjuta pengguna di serata dunia. Langkah kami seterusnya ialah menghadapi dunia penjualan kandungan dengan AXEL Token dan AXEL Marketplace kami, serta Michael akan memainkan peranan besar dalam usaha ini, berdasarkan lata belakang dan pengetahuan beliau dalam sektor ini. Kami tidak sabar untuk bekerja bersama beliau.”

Michael Conn telah menjadi pelopor ruang blockchain dan kripto selama bertahun-tahun. Selepas memainkan peranan sebagai eksekutif senior untuk berbilang institusi kewangan, termasuk AllianceBernstein dan Kumpulan TCW, Michael mengasaskan Quail Creek Partners dan juga sebagai pengasas bersama serta berkhidmat sebagai CEO Ether Capital. Ether Capital merupakan syarikat dagangan awam berfokuskan Ethereum pertama dan menjana $45 juta dolar A.S. menerusi penempatan peribadi. Sebagai Ketua Pegawai Strategi AXEL, beliau akan bertanggungjawab dalam memajukan minat dalam blockchain institusi dan komuniti kripto serta memantau Token Generation Event (TGE) akan datang, juga perkembangan masa hadapan AXEL Token.

“Saya berasa gembira untuk menyertai pasukan AXEL kerana mereka melancarkan perniagaan yang menarik ini,” Kata Encik Conn. “Anda tidak akan selalu mendapat peluang untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman sebegini dan saya tidak sabar untuk bermula dan bekerja bersama pasukan hebat ini serta untuk menyumbangkan sesuatu bagi menguatkan cengkaman AXEL dalam pasaran.”

Keputusan untuk melantik Encik Conn muncul selepas carian meluas oleh prinsipal AXEL untuk mencari calon ideal bagi jawatan ini. Beliau tiba dengan perakuan yang tinggi serta reputasi yang sungguh baik kerana kejayaan memberangsangkan yang beliau kecapi dalam jawatan yang dipegang sebelumnya.

Perihal AXEL
Sejak tahun 2012, AXEL komited dalam memberikan pengguna pemilikan sebenar bagi data mereka dengan penyelesaian dinamik, mudah digunakan dan teknologi dipatenkan untuk perkongsian, akses, keselamatan dan privasi, pemindahan, penstriman dan integrasi data, semuanya daripada satu platform yang selamat.

Dengan operasi di Amerika Utara, Eropah dan Asia, lebih 100+ ahli veteran syarikat telah membina sut pemilikan sendiri produk perisian yang telah pun digunakan oleh berjuta pengguna, dengan teknologi dipatenkan dan app mesra pengguna yang berfungsi merantas Windows, Mac, iOS dan Android.

Platform AXEL membenarkan pengguna untuk memautkan semua kandungan digital merentas kesemua peranti mereka, tanpa penglibatan pihak ketiga. Dengan paten tambahan pada akses tidak berpusat dan keupayaan perkongsian peribadi, pengguna App AXEL Tack dan AXEL Pay membolehkan pengguna untuk mengawal dan mengewangkan kandungan digital mereka. AXEL Marketplace, dijanakan oleh rantai dual awam dan peribadi, akan melengkapkan ekositem tidak berpusat ini, menjadikannya persekitaran setara yang selamat dan dipercayai.
 
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati https://www.axeltoken.com dan www.axel.org.
 


Hubungan Media
Vsem Yenovkian, AXEL
media@axel.org
702-948-9770
Roberta Tsang, RTPR
roberta@rtprcomm.com

Sumber : AXEL

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment