Friday, August 31, 2018

Konsert, bunga api bakal warnai malam merdeka di KLCC

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) - KLCC (Holdings) Sdn Bhd bakal mengadakan konsert dan pertunjukan bunga api di Esplanade, Taman KLCC pada malam 31 Ogos sempena sambutan hari kemerdekaan Malaysia kali ke-61.

Konsert akan bermula pada jam 9 malam dan menampilkan barisan penghibur seperti Datuk Aznil Nawawi, Francissca Peter, Ruffedge, Altimet dan Reshmonu.

Pertunjukan piroteknik sebelum tengah malam akan mengakhiri sambutan tersebut, kata kenyataan dari syarikat itu.

Sambutan diadakan bertujuan untuk menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai etnik dan budaya dalam berkongsi perasaan cinta kepada negara.

Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan serta Hari Malaysia pada tahun 2018 adalah bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku’.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment