Tuesday, August 21, 2018

TOSHIBA MENGUMUMKAN MOSFET KUASA PERSIMPANGAN SUPER GENERASI AKAN DATANG

- Peranti baharu meningkatkan lagi kecekapan bekalan kuasa


TOKYO, 20 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation ("Toshiba") telah melancarkan satu siri baharu MOSFET kuasa 650V generasi akan datang yang bertujuan untuk digunakan di dalam bekalan kuasa server di pusat-pusat data, penyaman kuasa solar (PV), sistem kuasa tanpa gangguan (UPS) dan aplikasi industri yang lain.

Siaran media ini mempunyai  ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180819005032/en/

Peranti yang pertama di dalam siri DTMOS VI ialah TK040N65Z, sebuah peranti 650V yang menyokong arus saliran yang berterusan (ID) sehingga 57A dan 228A apabila berdenyut (IDP). Peranti baharu itu menawarkan RDS(ON) 0.04Ω (jenis 0.033Ω) rintangan ON sumber saliran ultra rendah yang mengurangkan kerugian di dalam aplikasi kuasa. Peningkatan mod peranti itu sangat sesuai untuk digunakan di dalam bekalan kuasa moden yang berkelajuan tinggi, disebabkan oleh kapasitans yang dikurangkan di dalam reka bentuk itu.

Kecekapan di dalam bekalan kuasa dipertingkatkan disebabkan oleh pengurangan di dalam indeks prestasi utama/ angka merit (FoM) – RDS(ON) x Qgd. TK040N65Z itu menunjukkan peningkatan sebanyak 40% di dalam metrik yang penting ini berbanding dengan peranti DTMOS IV-H yang terdahulu, yang merupakan satu keuntungan yang besar dalam kecekapan bekalan kuasa di sekitar 0.36%[1] - seperti yang diukur di dalam litar PFC 2.5kW.

Peranti baharu itu ditempatkan di dalam sebuah pakej TO-247 yang standard industri, sekali gus memastikan keserasian dengan reka bentuk legasi serta kesesuaian bagi projek-projek baharu.

Toshiba akan terus mengembangkan barisan produk mereka untuk memenuhi trend pasaran dan membantu meningkatkan kecekapan bagi bekalan dan sistem kuasa.

Peranti baharu itu memasuki pengeluaran secara besar-besaran pada hari ini dan penghantaran bermula pada kadar segera.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11341

No comments:

Post a Comment