Tuesday, August 28, 2018

COSCOI LANCAR APLIKASI DIDIK HIBUR PINTAR DENGAN MENGGUNAKAN HARTA INTELEKTUAL 'GO EAST' MEREKA

Go East! Mewarnai dan Go East! Xilofon, aplikasi pendidikan untuk kanak-kanak

SEOUL, Korea Selatan, 27 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- COSCOI, sebuah syarikat pembangunan watak animasi dan kandungan digital di Korea, mengumumkan bahawa ia telah mengeluarkan dua aplikasi didik hibur pintar dengan menggunakan 'Go East', harta intelektual mereka yang tipikal di dalam animasi.

'Go East! Mewarnai' dan 'Go East! Xilofon,' aplikasi pendidikan untuk kanak-kanak yang dibangunkan sebagai sebahagian daripada siri' ‘COSCOI Friends’, telah dilancarkan di Google Play.

Go East! Mewarnai adalah satu aplikasi pembelajaran yang akan membolehkan kanak-kanak mewarnai watak-watak bagi Go East yang comel, harta intelektual COSCOI di dalam animasi, yang didasarkan kepada sebuah novel Cina 'Journey to the West'. Kanak-kanak boleh menggunakan pelekat serta pelbagai berus corak yang akan menjadikan proses mewarna itu lebih menyeronokkan. Aplikasi itu mempunyai "fungsi auto cat" yang akan melukis warna watak-watak asal secara automatik. Ini adalah untuk bayi dan kanak-kanak bertatih yang mungkin menghadapi kesukaran dalam memilih warna. Kanak-kanak boleh memilih kira-kira 40 berus, pelekat dan corak yang berbeza yang tidak akan membosankan mereka.

Go East! Xilofon akan membolehkan kanak-kanak untuk memainkan xilofon bersama-sama dengan watak-watak Go East yang cantik itu. Setiap kali mereka memainkan xilofon itu, watak-watak akan menari. Kanak-kanak boleh belajar muzik secara semula jadi sambil memainkan xilofon sebagaimana yang mereka suka. Aplikasi itu akan dikemas kini dengan sebuah fungsi baharu yang mudah untuk diikuti. Dengan menggunakan fungsi ini, kanak-kanak boleh memainkan lagu hanya dengan mengetuk kekunci xilofon mengikut nota yang terpapar pada monitor itu.

Siri aplikasi COSCOI Friends itu adalah projek perniagaan pendidikan pertama oleh COSCOI di bawah visi mereka untuk menyediakan "kandungan global yang akan menghembuskan nafas baharu ke dalam watak-watak itu." Aplikasi itu diedarkan ke 135 buah negara pada masa yang sama. COSCOI juga telah menyelesaikan pembangunan Perkhidmatan Aplikasi Mudah Alih (MAS), sebuah peranti pengurusan aplikasi mudah alih yang digunakan untuk melancar dan menguruskan pelbagai aplikasi.

"Kami merancang untuk mengeluarkan 11 aplikasi pendidikan baharu pada tahun ini," kata Naib Presiden COSCOI, Ja Keun Kim. "Kami sedang bekerjasama dengan penyedia bagi kandungan pendidikan yang terkenal dan kami menjangkakan dapat melancarkan platform video dan audio pendidikan tidak lama lagi."

COSCOI: http://www.coscoi.net/main?lang=us

COSCOI Friends: http://friends.coscoi.net/main?lang=us

Go East: http://goeast-en.coscoi.net/easten/main

Hubungi
COSCOI
Se Yong Oh, +82-70-8670-0130
seyongoh@coscoi.net

Sumber : COSCOI

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11353

No comments:

Post a Comment