Thursday, August 9, 2018

TOSHIBA MEMORY CORPORATION MEMBANGUNKAN PROTOTAIP ETHERNET BERGABUNG NATIF NVME-OF™ SSD

Teknologi Baharu Membolehkan Skalabiliti Rebak-keluar untuk Sistem Penyimpanan Berprestasi Tinggi

TOKYO, 7 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Memory Corporation, pemimpin dunia di dalam memori kilat, hari ini mengumumkan bahawa ia telah membangunkan sebuah natif NVMe™ ke atas Fabrik (NVMe-oF™) SSD bagi akses Ethernet secara langsung kepada data untuk seni bina penyimpanan yang sangat berskala, yang mematuhi Spesifikasi NVMe-oF Versi 1.0.

Dengan teknologi baharu itu, Toshiba Memory telah memungkinkan untuk mempermudah seni bina perkakasan JBOF (Hanya Sekelompok Kilat) melalui sebuah rangkaian NVMe-oF, yang menghasilkan dalam prestasi yang lebih tinggi, kos yang lebih rendah dan penggunaan kuasa yang lebih rendah berbanding dengan sebuah konfigurasi perkakasan berasaskan CPU yang konvensional.

SSD baharu itu menggunakan pengawal pengubah Marvell® 88SN2400 NVMe-oF SSD, yang membolehkan penyambungan Ethernet 25Gbps dwi-port bagi U.2 NVMe™ SSD yang berprestasi tinggi.

Di samping itu, Toshiba Memory menggunakan sebuah casis prototaip Ethernet JBOF, yang dibangunkan dan dibina oleh Aupera Technologies Inc., untuk menunjukkan NVMe-oF SSD yang baharu itu. JBOF itu dikuasakan oleh unit suis Ethernet 100Gbit  1+1 lewah dengan paut naik Ethernet dwi 6x100 Gbit, yang membolehkan prestasi sistem 16M IOPS[1] (Bacaan Rawak 4KB), yang paling pantas yang pernah dilihat di dalam industri[2] itu.

NVMe-oF dijangka akan digunakan secara meluas di dalam pusat data awan dan pasaran perusahaan. NVMe-oF SSD keluaran Toshiba Memory menawarkan prestasi yang hampir natif bagi NVMe SSD, yang digabungkan dengan skalabiliti rebak-keluar untuk memudahkan penerimaan NVMe-oF.

Toshiba Memory akan menunjukkan sistem prototaip baharu mereka pada Sidang Kemuncak Memory Flash di Santa Clara, California dari 7 Ogos hingga 9 Ogos di Dewan A, petak #307.

* NVM Express, NVMe, NVMe-oF adalah tanda perniagaan bagi NVM Express, Inc.
* Semua nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan yang lain adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.

Nota:
[1] IOPS: Output Input Sesaat (atau jumlah bagi operasi I/O sesaat)
[2] Sehingga 7 Ogos, 2018, dalam sistem Penyimpanan 2U, kaji selidik Toshiba Memory Corporation.
Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Strategi Penyimpanan Kilat
Tel: +81-3-3457-3979
URL: https://business.toshiba-memory.com/en-apac/contact.html

* Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180806005714/en/ 



Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Memory Corporation
Koji Takahata, +81-3-3457-3822
Bahagian Perancangan Strategik Jualan

Sumber : Toshiba Memory Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment