Monday, November 20, 2023

AIT WORLDWIDE LOGISTICS MERANCANG MENINGKATKAN JEJAK GLOBAL DENGAN PENGAMBILALIHAN LUBBERS LOGISTICS GROUP




Table

Sebaik sahaja pengambilalihan Lubbers dimuktamadkan, lebih daripada 350 rakan sepasukan baharu di 18 pejabat akan menyertai rangkaian Eropah AIT.



Perjanjian strategik akan meletakkan AIT sebagai syarikat yang memainkan utama dalam sektor pengangkutan jalan raya dan tenaga Eropah


ITASCA, Ill., 20 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- AIT Worldwide Logistics, penyedia penyelesaian terkemuka bagi rantaian bekalan global, telah memeterai pengikatan perjanjian pembelian untuk mengambil alih Lubbers Logistics Group, syarikat logistik Eropah dengan kepakaran dalam perkhidmatan pengangkutan bernilai tinggi, kompleks dan peka kepada masa. Pembelian itu akan menjadi pencapaian penting bagi AIT memandangkan syarikat itu terus mengembangkan jangkauan global dan meningkatkan penawaran dalam perkhidmatan pengangkutan jalan raya, penghantaran muatan dan logistik kargo projek, khususnya dalam sektor tenaga.

Sepanjang tempoh seabad yang lalu, Lubbers, yang beribu pejabat di Schoonebeek, Belanda, telah mengukuhkan perniagaan yang diceburi sebagai penyedia penyelesaian pengangkutan terbaik yang terkemuka untuk segmen bernilai tinggi, dengan kepakaran dalam perkhidmatan pengangkutan jalan raya, kargo projek dan penghantaran muatan global. Bersama lebih daripada 377 pekerja yang ditempatkan merentasi sembilan hab pengangkutan jalan raya dan sembilan lokasi muatan, Lubbers menawarkan rangkaian kemudahan yang luas dan terletak di lokasi strategik di seluruh Eropah.

“Pendekatan destinasi sehenti Lubbers yang mantap dan hubungan sekian lama syarikat tersebut dengan pelanggan terunggul dalam industri menjadikan syarikat itu amat sesuai untuk AIT,” kata Ketua Pegawai Perniagaan AIT, Greg Weigel. “Kami melihat potensi besar untuk rangkaian luas Lubbers dengan mengembangkan operasi penghantaran muatan dan kepakaran sektor tenaga bagi meningkatkan lagi pengalaman pelanggan yang bertaraf dunia AIT. Kami juga amat teruja untuk meningkatkan penyelesaian menyeluruh kami dengan perkhidmatan penghantaran peringkat pertengahan di Eropah sebagai rakan niaga kepada Rangkaian Penghantaran Peringkat Pertengahan Amerika Syarikat yang dilancarkan baru-baru ini.”

Rangkaian Lubbers akan menambahkan 18 pejabat baharu kepada rangkaian global sedia ada AIT di lebih daripada 125 lokasi, sambil mengembangkan jejak AIT ke empat negara baharu: Denmark, Norway, Romania dan Turki. Lubbers juga mempunyai kemudahan di Jerman, Itali dan United Kingdom.

“Bergabung tenaga dengan AIT Worldwide Logistics ialah langkah strategik yang akan membolehkan kami terus menyediakan perkhidmatan cemerlang kepada pelanggan kami sambil mengembangkan jangkauan kami pada skala global,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Lubbers, Gary Roche. “Rekod prestasi dan komitmen AIT yang kukuh kepada perkhidmatan pelanggan sejajar dengan nilai murni kami, serta kami berharap dapat mencapai masa depan yang cerah bersama-sama.”

“Kami tidak sabar untuk mengalu-alukan kedatangan Lubbers ke rangkaian AIT,” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif AIT, Vaughn Moore. “Perjanjian ini akan meningkatkan kedudukan kami di Eropah dan mengukuhkan kehadiran kami dalam sektor tenaga, membolehkan kami memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan sedia ada sambil mencipta peluang baharu. Pendekatan berteraskan pelanggan Lubbers kepada perniagaan, serta reputasi syarikat itu untuk kualiti yang cemerlang sememangnya sejajar dengan budaya AIT.”

Pengambilalihan Lubbers oleh AIT dijangka akan dimuktamadkan pada penghujung tahun 2023 dan akan tertakluk kepada proses mendapatkan kelulusan kawal selia lazim. Terma belum diumumkan.

Kirkland & Ellis LLP dan NautaDutilh N.V. kedua-duanya berkhidmat sebagai penasihat undang-undang kepada AIT mengenai pengambilalihan itu. Nielen Schuman B.V. berkhidmat sebagai penasihat kewangan kepada Lubbers. Loyens & Loeff N.V. berkhidmat sebagai penasihat undang-undang kepada Lubbers.

Maklumat Tentang AIT Worldwide Logistics

AIT Worldwide Logistics ialah penghantar muatan global yang membantu syarikat berkembang dengan meluaskan akses ke pasaran di seluruh dunia apabila syarikat tersebut boleh menjual dan/atau mendapatkan bahan mentah, komponen dan barangan siap masing-masing. Selama lebih daripada 40 tahun, peneraju penyelesaian rantaian bekalan yang berpangkalan di Chicago bergantung pada pendekatan perundingan untuk membina rangkaian global dan perkongsian yang dipercayai dalam hampir setiap industri, termasuk aeroangkasa, automotif, runcit pengguna, makanan, kerajaan, penjagaan kesihatan, teknologi tinggi, perindustrian dan sains hayat. Disokong oleh teknologi berskala besar, mesra pengguna, model perniagaan fleksibel AIT menyesuaikan penghantaran dari pintu ke pintu melalui laut, udara, darat dan kereta api — tepat pada masanya dan menjimatkan perbelanjaan. Bersama rakan sepasukan pakar yang mengambil kakitangan di lebih daripada 125 lokasi di seluruh dunia seperti di Asia, Eropah dan Amerika Utara, pilihan perkhidmatan penuh AIT juga termasuk pelepasan kastam, pengurusan gudang dan perkhidmatan dengan tahap penjagaan serta perhatian yang tinggi. Ketahui lebih lanjut di www.aitworldwide.com.

Misi Kami

Di AIT, kami bersungguh-sungguh mencari peluang untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan kami melalui penyampaian penyelesaian logistik yang cemerlang di seluruh dunia sambil menghargai rakan sekerja, rakan kongsi dan komuniti kami dengan penuh semangat.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53859335/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

Matt Sanders
Pengurus Perhubungan Awam
+1 (630) 766-8300
msanders@aitworldwide.com
 
Sumber: AIT Worldwide Logistics

No comments:

Post a Comment