Thursday, November 30, 2023

CROWDSTRIKE MEMBUKA HAB ASIA BAHARU DI SINGAPURA

 Mengukuhkan Komitmen untuk Melindungi Perniagaan di Rantau ini


SINGAPURA, 30 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- CrowdStrike (Nasdaq: CRWD) pada hari ini mengumumkan pembukaan pejabat baharu syarikat itu di Singapura yang akan berfungsi sebagai hab pusat untuk CrowdStrike di Asia. Pejabat baharu itu mengetengahkan pelaburan serantau CrowdStrike dan akan menggandakan kapasiti kemudahan yang terdahulu di Singapura, mengukuhkan lagi kehadiran dan komitmen tempatan peneraju keselamatan siber itu bagi melindungi organisasi di Singapura dan di seluruh Asia.

Beribu pejabat di Amerika Syarikat dengan operasi global, CrowdStrike ialah satu daripada syarikat keselamatan yang paling pesat berkembang dan paling berinovatif di dunia. Bersama lebih 23,000 pelanggan, terdiri daripada perniagaan kecil sehingga jenama global terkemuka dan entiti kerajaan, CrowdStrike memacu era seterusnya dalam keselamatan siber yang dikuasakan oleh AI untuk kekal mendahului tipu muslihat musuh yang berkembang pesat dan menghentikan pelanggaran. Platform CrowdStrike Falcon® yang menentukan pasaran syarikat, respons dan perkhidmatan kejadian elit, serta pasukan risikan ancaman siber yang terkenal telah menjadikan CrowdStrike sebagai satu daripada jenama yang paling dipercayai dalam keselamatan siber.

Pejabat baharu itu juga akan mempunyai kemudahan latihan yang boleh dimanfaatkan oleh pelanggan dan rakan niaga CrowdStrike untuk berkongsi amalan terbaik mengenai strategi pertahanan siber terkini dan meningkatkan kemahiran profesional keselamatan siber bagi mempertahankan diri daripada musuh yang menyasarkan rantau tersebut.

Perpindahan ke pejabat baharu itu berikutan kejayaan besar dalam perniagaan untuk peneraju keselamatan siber di Asia. Pencapaian kewangan CrowdStrike untuk suku ketiga tahun fiskal 2024, berakhir pada 31 Oktober 2023, melaporkan sebanyak $81 juta hasil di Asia Pasifik (termasuk Jepun), peningkatan kira-kira 36% tahun ke tahun berbanding suku ketiga tahun fiskal 2023, berakhir pada 31 Oktober 2022. APAC (termasuk Jepun) menyumbang kepada 10% daripada jumlah hasil CrowdStrike.

“Asia ialah lubuk untuk aktiviti jenayah siber. Kami melihat purata tuntutan perisian tebusan di Asia Tenggara meningkat lebih daripada dua kali ganda dalam tempoh empat minggu yang lalu kepada $8.5 juta berbanding empat minggu sebelumnya. Walaupun semua aktiviti ini dilaksanakan, penting bagi perniagaan di Asia menggunakan penyelesaian keselamatan siber moden dan pendekatan yang proaktif untuk melindungi syarikat masing-masing bertujuan yang memerangi musuh yang menyasarkan negara seperti Singapura, Filipina, Indonesia dan Malaysia,” kata Geoff Swaine, naib presiden, APJ untuk CrowdStrike.

“Kami melihat keperluan ini apabila kami mula-mula menubuhkan pejabat di Singapura pada tahun 2016 dan telah terus mengembangkan pasukan dan perniagaan kami di rantau ini. Sepanjang tempoh itu, CrowdStrike telah menyokong banyak perniagaan merentasi pelbagai sektor dan saiz dalam peralihan daripada menggunakan penyelesaian keselamatan legasi, kebiasaannya berasaskan tandatangan, yang tidak dapat melindungi daripada serangan siber moden terhadap platform keselamatan siber dipacu AI dan berasaskan kecerdasan.”

Asia telah lama menjadi sasaran penjenayah siber. Menurut Laporan Pemburuan Ancaman CrowdStrike 2023 (CrowdStrike 2023 Threat Hunting Report), lima sektor industri menegak teratas dalam urutan kekerapan pencerobohan di Asia Pasifik dan Jepun ialah teknologi, telekomunikasi, peruncitan, kewangan dan pembuatan. Di Asia Tenggara sepanjang tempoh empat minggu yang lalu, mangsa pemburuan permainan besar (big game hunting) (sejenis serangan siber yang kebiasaannya memanfaatkan perisian tebusan untuk menyasarkan organisasi besar, bernilai tinggi atau entiti berprofil tinggi) meningkat kepada 416 berbanding 357 dari tempoh empat minggu sebelumnya menurut Operasi Tindakan Balas Terhadap Musuh CrowdStrike. Dari segi geografi, Asia mempunyai dua ancaman utama negara bangsa di China dan Korea Utara dalam sempadan masing-masing; manakala pelaku perhubungan China sangat prolifik, diperhatikan merentasi 14 industri menegak.

Sumber Tambahan

· CrowdStrike dinamakan sebagai pemenang anugerah pilihan pembaca CyberSecAsia untuk keselamatan awan
· CrowdStrike Memenangi Syarikat Terbaik 2022 dalam Industri Pengesanan dan Respons Terurus Asia Pasifik Frost & Sullivan
· CrowdStrike dinamakan sebagai Tempat Terbaik untuk Bekerja di Singapura 2023
· Untuk mengetahui lebih lanjut tentang platform CrowdStrike Falcon, sila kunjungi laman web kami.

Maklumat Tentang CrowdStrike
 
CrowdStrike (Nasdaq: CRWD), peneraju keselamatan siber global, telah mentakrifkan semula keselamatan moden dengan platform natif awan paling canggih di dunia untuk melindungi kawasan kritikal yang terdedah kepada risiko perusahaan – titik akhir dan beban kerja awan, identiti dan data.

Dikuasakan oleh Awan Keselamatan CrowdStrike® dan AI bertaraf dunia, platform CrowdStrike Falcon® memanfaatkan penunjuk masa nyata serangan, risikan ancaman, tipu muslihat musuh yang sedang berkembang dan telemetri diperkaya dari seluruh perusahaan bertujuan menyampaikan pengesanan yang amat jitu, perlindungan dan pemulihan automatik, pemburuan ancaman elit dan pemerhatian kerentanan yang diutamakan.

Dibina khusus dalam awan dengan seni bina agen ringan tunggal, platform Falcon menyampaikan penggunaan yang pantas dan berskala, perlindungan dan prestasi yang unggul, kerumitan yang dikurangkan dan masa ke nilai dengan serta-merta.

CrowdStrike: Kami menghentikan pelanggaran.
Ketahui lebih lanjut: https://www.crowdstrike.com/
Ikuti kami: Blog | Twitter | LinkedIn | Facebook | Instagram
Mulakan percubaan percuma pada hari ini: https://www.crowdstrike.com/free-trial-guide/

© 2023 CrowdStrike, Inc. Hak cipta terpelihara. CrowdStrike, logo burung falko, CrowdStrike Falcon dan Graf Ancaman CrowdStrike ialah tanda yang dimiliki oleh CrowdStrike, Inc. dan berdaftar dengan Pejabat Paten dan Tanda Dagangan Amerika Syarikat, serta di negara lain. CrowdStrike memiliki tanda dagangan dan tanda perkhidmatan lain, serta boleh menggunakan jenama pihak ketiga untuk mengenal pasti produk dan perkhidmatan syarikat itu.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi
Andy Sommer
Komunikasi Korporat CrowdStrike
press@crowdstrike.com

Sumber: CrowdStrike

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment