Sunday, November 19, 2023

DUCK CREEK MERINTIS TEKNOLOGI BERASASKAN AWAN ERA SETERUSNYA UNTUK SYARIKAT INSURANS P&C MELALUI MICROSOFT AZURE OPENAI SERVICE

Menggabungkan Azure OpenAI Service dan menggunakan platform berkod rendah Duck Creek memperkasakan syarikat insurans untuk berkembang moden secara bertanggungjawab

BOSTON, 17 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Duck Creek Technologies, pembekal penyelesaian pintar membentuk masa depan insurans harta benda dan mangsa (P&C) dan insurans umum, mengumumkan inisiatif baharu dalam kerjasama dengan Microsoft. Kerjasama ini diwujudkan bagi memperkasakan syarikat insurans untuk memberi perniagaan mereka imej baharu dengan melancarkan proses pelaksanaan yang lebih lancar dan pemasaran yang lebih pantas melalui bantuan kecerdasan buatan (AI) generatif—satu teknologi transformatif yang mendayakan penciptaan aplikasi inovatif dan penyelesaian berkod rendah.

Platform Duck Creek yang komprehensif dibina pada Microsoft Azure, teknologi utama untuk memanfaatkan kuasa Azure OpenAI Service, di kala model bahasa yang besar (LLM) terus mentakrifkan dan membentuk landskap teknologi tersebut. Ini mewakili lonjakan ke hadapan yang besar dalam sektor insurans, memupuk inovasi dan kecekapan yang menjanjikan perubahan kepada cara syarikat insurans menjalankan perniagaan mereka dan berkomunikasi dengan pelanggan. Dengan menggabungkan kepakaran Duck Creek dalam penyelesaian insurans dengan keupayaan canggih Microfost, kerjasama ini bertujuan untuk mewujudkan masa depan yang lebih cerah dan tangkas untuk seluruh industri insurans.

"AI Generatif ialah teknologi yang benar-benar transformatif, dan pelanggan yang kami hargai akan menerima banyak manfaat daripada keupayaan teknologi yang berkuasa ini di kala kami terus memacu ke arah perkembangan industri insurans. Objektif kami adalah untuk memperkasakan syarikat insurans untuk menginovasikan produk dengan lebih pantas dan membantu pekerja dengan alatan AI," ujar Mike Jackowski, Ketua Pegawai Eksekutif, Duck Creek Technologies. "Ini menandakan bahagian seterusnya dalam evolusi kerjasama kami yang berpanjangan, iaitu kami akan merintis ruang dengan menggabungkan bakat luar biasa Microsoft dan Duck Creek bagi menghasilkan penyelesaian teknologi moden untuk industri insurans P&C dan umum. Dengan berbuat sedemikian, kami komited untuk menerajui sokongan industri insurans dalam AI generatif dan menyelesaikan cabaran inovasi yang dihadapi oleh syarikat insurans—di samping memastikan standard tertinggi pematuhan undang-undang dan tanggungjawab etika." 

No comments:

Post a Comment