Friday, November 17, 2023

SMK MEMETERAI PERJANJIAN GABUNGAN MODAL DAN PERNIAGAAN DENGAN CANARY SPEECH (AMERIKA SYARIKAT)

 Memperoleh Hak Pemerdagangan dan Pengedaran Eksklusif untuk Teknologi Analisis Berasaskan Pertuturan untuk Penyakit seperti Demensia dalam Pasaran Jepun dan Asia


TOKYO, 17 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- SMK Corporation (TOKYO: 6798) (https://www.smk.co.jp/) (Presiden, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi: Yasumitsu Ikeda, kemudiannya dirujuk sebagai SMK) mengumumkan bahawa syarikat telah memeterai perjanjian gabungan modal dan perniagaan dengan Canary Speech, Inc. (https://canaryspeech.com/) (Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama: Henry O’Connell, kemudiannya dirujuk sebagai Canary Speech) dengan matlamat mengembangkan lagi perniagaan penjagaan kesihatan dengan memperoleh hak eksklusif di Jepun dan Asia bertujuan memperdagang dan mengedarkan algoritma berasaskan pertuturan untuk menganalisis penyakit dan keadaan berkaitan otak yang memanfaatkan teknologi Canary Speech.

Latar belakang gabungan modal dan perniagaan

SMK dan Canary Speech telah bekerjasama dengan Pusat Serebrum dan Kardiovaskular Kebangsaan dalam membangunkan algoritma untuk menganalisis MCI (gangguan kognitif ringan), kecenderungan kemurungan dan tahap keletihan dengan menggunakan data pertuturan Bahasa Jepun sejak bulan Mac 2022. (*1) SMK merancang untuk meneruskan PoC dengan syarikat insurans, hospital dan syarikat perkhidmatan komunikasi dan sebagainya sebelum melancarkan perkhidmatan di Jepun pada musim bunga tahun 2024.

Demensia dan kemurungan ialah isu sosial utama di Jepun, disebabkan penduduk di sana menjadi semakin tua tetapi juga di negara Asia yang lain dan teknologi yang membolehkan pengesanan awal mudah untuk penyakit ini yang dijangkakan mempunyai potensi besar pada masa akan datang. Melalui gabungan modal dan perniagaan ini, SMK telah mengukuhkan hubungan kerjasama dengan Canary Speech dan memperoleh hak eksklusif untuk pemerdagangan dan pengedaran di Jepun dan negara Asia yang lain. Bekerjasama dengan Canary Speech, SMK merancang menyetempatkan algoritma analisis yang dibangunkan di Jepun kepada negara Asia lain untuk mengembangkan perniagaan serta untuk pembangunan algoritma baharu oleh Canary Speech bagi penyakit dan keadaan lain.

Acara pada masa akan datang

· Melaksanakan pelbagai PoC menggunakan aplikasi telefon pintar atau pautan API
· Melancarkan perkhidmatan untuk algoritma menganalisis MCI, kecenderungan kemurungan, tahap keletihan dalam bahasa Jepun
· Memupuk rakan kongsi untuk pembangunan model bahasa tempatan di negara Asia
· Memupuk rakan kongsi untuk pemasaran di negara-negara Asia
· Membangunkan algoritma untuk menganalisis penyakit dan keadaan lain

(*1) Siaran Akhbar diumumkan pada bulan Mac 2022
https://www.smk.co.jp/news/press_release/2022/0308/

Maklumat Tentang Canary Speech

Ibu Pejabat: Utah, Amerika Syarikat. Ditubuhkan pada tahun 2015.

Canary Speech telah memudahkan cara orang ramai boleh memantau kesihatan mereka dengan cepat, tidak invasif dan tepat—melalui suara. Teknologi penanda bio vokal revolusioner yang dipatenkan oleh Canary Speech merakam dan memproses 40 saat pertuturan perbualan untuk menjejaki kehadiran dan keterukan penyakit, seperti kemurungan dan keresahan.
Kesemuanya selesai dalam masa nyata, Canary Speech menyediakan skor vokal yang menggantikan pengukuran subjektif dengan penyelesaian penjagaan yang objektif dan boleh diambil tindakan. Nilai tambahan boleh dicapai melalui penjejakan dan pengukuran membujur.
Canary Speech menawarkan penyelesaian berskala besar dan tidak invasif untuk menilai dan memantau kesihatan pesakit dari jauh atau mengukur kesihatan individu berdasarkan analisis penanda bio vokal dengan menggunakan ML dan AI.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Bahagian untuk Dihubungi
SMK Corporation
Jabatan Pemasaran
E-mel: supp-sp@smk.co.jp
Tel: +81-3-3785-4651

Sumber: SMK Corporation

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment