Tuesday, November 21, 2023

WOLTERS KLUWER MELANCARKAN CCH IKNOWCONNECT, PLATFORM GENERASI AKAN DATANG UNTUK PENYELIDIKAN CUKAI DAN UNDANG-UNDANG DI ASIA PASIFIK

Pengalaman carian yang lebih pantas dan tepat direka bentuk bertujuan memperkemas aliran kerja penyelidikan dan memaksimumkan produktiviti untuk ahli profesional cukai dan undang-undang

SYDNEY, 20 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Wolters Kluwer Tax & Accounting (TAA) Asia Pacific (APAC) pada hari ini mengumumkan pelancaran CCH iKnowConnect, platform berasaskan awan yang menyediakan pandangan 360 darjah perundangan, memperkemas proses penyelidikan untuk ahli profesional cukai dan undang-undang. Bersama pelaburan berterusan dalam inovasi transformatif dan teknologi canggih, CCH iKnowConnect merupakan pengalaman platform termaju disatukan yang mengubah cara ahli profesional bekerja.

“CCH iKnowConnect menyediakan penyelidikan dan alat berkaitan dan mendalam melalui pengalaman carian intuitif dan ramalan yang cukup mudah,” kata Izzy Silva, Pengarah Urusan, Wolters Kluwer, TAA APAC. “Platform generasi akan datang ini menyampaikan penyelidikan cukai dan undang-undang serta kandungan yang disokong oleh kepakaran pasukan editorial dalaman Wolters Kluwer, memberikan jaminan yang diperlukan bahawa setiap maklumat telah menjalani penelitian dan pengesahan rapi.”

Antara muka intuitif CCH iKnowConnect menyediakan kefungsian carian lanjutan dengan cadangan disesuaikan yang mempercepat proses penemuan kandungan dan pengembalian keputusan yang tepat membolehkan pengguna mendapatkan maklumat yang diperlukan dengan pantas dan pasti.

Pandangan 360 darjah perundangan ialah ciri berinovatif yang membolehkan ahli profesional mendalami teks undang-undang, menghasilkan pandangan menyeluruh tentang landskap kawal selia dengan memberikan pengguna akses secara langsung kepada ulasan, kes dan butiran khusus yang berkaitan dengan pelbagai bentuk perundangan.

Platform ini juga mengkategorikan kandungan menurut bidang amalan, oleh itu ahli profesional cukai dan undang-undang boleh mengakses spektrum penuh liputan Wolters Kluwer mengenai apa-apa bidang subjek dengan lebih cekap. Ahli profesional yang bekerja pada peringkat antarabangsa juga boleh mengakses kandungan dari bidang kuasa lain semuanya dalam platform penyelidikan yang sama.

Kandungan digital diterbitkan dengan kerap, kebiasaannya bersama kemas kini harian bertujuan memastikan ahli profesional cukai dan undang-undang sentiasa dimaklumkan berkenaan berita dan perkembangan terkini apabila perkara tersebut berlaku.

“Lebih daripada 4,000 cerapan pelanggan utama telah dikumpulkan dan pelanggan telah bertindak sebagai pencipta bersama, mempengaruhi hala tuju dan evolusi produk dan penyelesaian Wolters Kluwer seperti CCH iKnowConnect,” kata Sarah Ingram, Pengurus Produk, Wolters Kluwer, TAA APAC. “Pengalaman dan pandangan pelanggan berfungsi sebagai kompas yang membimbing syarikat ke arah menyampaikan alat yang benar-benar menarik perhatian ahli profesional.”

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang CCH iKnowConnect, sila kunjungi laman web: https://www.wolterskluwer.com/en/solutions/cch-iknowconnect.

Wolters Kluwer TAA membolehkan ahli profesional cukai dan perakaunan, serta perniagaan dari pelbagai saiz memacu produktiviti, mengemudi perubahan dan memberikan hasil yang lebih baik.

# # #

Maklumat Tentang Wolters Kluwer

Wolters Kluwer (EURONEXT: WKL) ialah peneraju global dalam maklumat, perisian dan perkhidmatan untuk ahli profesional dalam bidang penjagaan kesihatan, cukai dan perakaunan, pematuhan kewangan dan korporat, undang-undang dan kawal selia, serta prestasi korporat dan ESG. Kami membantu pelanggan kami membuat keputusan kritikal setiap hari dengan memberikan penyelesaian pakar yang menggabungkan pengetahuan domain secara mendalam bersama teknologi dan perkhidmatan khusus.

Wolters Kluwer melaporkan pendapatan tahunan 2022 sebanyak €5.5 bilion. Kumpulan ini memberikan perkhidmatan kepada pelanggan di lebih 180 negara, mengekalkan operasi di lebih 40 negara dan mempunyai kira-kira 20,900 pekerja di seluruh dunia. Syarikat ini beribu pejabat di Alphen aan den Rijn, Belanda.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.wolterskluwer.com/en-au, ikuti kami di LinkedInX dan Facebook.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17677

No comments:

Post a Comment