Friday, November 10, 2023

HAKKA DARI SELURUH PELOSOK DUNIA BERKUMPUL DI LONGNAN UNTUK MENGALAMI PESONA "IBU KOTA BAGI PERKAMPUNGAN YANG BERDINDINGKAN TEMBOK DAN BANDAR RAYA PERGUNUNGAN DAN PERAIRAN"

Bandar Raya Budaya Rakyat Hakka Sedunia Longnan telah dibuka kepada pelawat.

 LONGNAN, China, 10 Nov., 2023 /Xinhua-AsiaNet/--


Pada 7 November, Persidangan Hakka Sedunia ke-32 (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “WHC”) telah dibuka di Bandar Raya Longnan, yang dianggap sebagai “pintu selatan bagi Wilayah Jiangxi”. Dengan bertemakan “Hakka dari lima benua dan empat lautan berkongsi dialek dan kerinduan yang sama terhadap kampung halaman”, kira-kira 2,500 orang tetamu daripada lebih 200 komuniti Hakka (termasuk kumpulan Hakka di luar negara), wakil-wakil bagi orang Hakka dan usahawan terkenal telah berkumpul di Longnan untuk berkongsi perayaan kebudayaan itu.

Persidangan Hakka Sedunia itu adalah satu daripada acara China yang paling berpengaruh di dunia. Sejak Persidangan Hakka Sedunia yang pertama diadakan pada tahun 1971, acara tradisional ini telah melalui 52 tahun.

Di WHC ini, Jiangxi Longnan telah melaksanakan beberapa aktiviti kebudayaan dan projek kebudayaan dengan memiliki ciri-ciri Hakka yang mantap pada satu standard yang tinggi, yang membolehkan orang Hakka untuk datang dan mencari asal usul mereka, memuja nenek moyang, mengembara, bertukar-tukar dan bekerjasama, dan seterusnya mempromosikan semangat Hakka dan budaya Hakka.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Longnan telah memberi tumpuan kepada matlamat "ratusan berganda dan ribuan berganda", dengan berusaha untuk mencapai matlamat 100 zon pembangunan ekonomi negara paling atas, 100 daya saing pelaburan negara paling atas, cukai perindustrian per kapita melebihi 1,000 dolar Amerika, dan hasil perindustrian pertama bagi taman itu yang melebihi 100 bilion yuan. Ia telah menjalankan banyak projek, memberi perhatian besar kepada promosi pelaburan dan menggalakkan pembangunan perindustrian, mengekalkan kadar pertumbuhan bagi petunjuk ekonomi utama Longnan di dalam "barisan pertahanan pertama" Ganzhou, demikian menurut Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Perbandaran Ganzhou.

Pada majlis perasmian itu, kaedah berbentuk saintifik dan teknologi digunakan untuk mempamerkan pelbagai bentuk seni. Nyanyian, tarian, adat resam rakyat, interaksi imej multimedia, muzik Hakka, warisan kebudayaan tidak ketara Hakka dan teknik ekspresi yang lain telah disepadukan menjadi satu untuk menceritakan sebuah epik gilang gemilang orang Hakka, dengan membawakan satu perayaan kebudayaan audio-visual yang memeranjatkan  kepada penonton.

Sumber: Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Perbandaran Ganzhou
 
Pautan Lampiran Imej:

Pautan: https://iop.asianetnews.net/view-attachment?attach-id=443140

Kapsyen: Majlis Perasmian bagi Persidangan Hakka Sedunia Ke-32

Pautan: https://iop.asianetnews.net/view-attachment?attach-id=443147

Kapsyen: Bandar Raya Budaya Rakyat Hakka Sedunia Longnan telah dibuka kepada pelawat.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment