Thursday, November 16, 2023

WEMADE MENGEMAS KINI MISTERI BAHARU 'MEMENDAM RASA MARAH (DEEP RESENTMENTS)' UNTUK MIR4

MIR4 mengemas kini rantaian pencarian baharu Misteri Baharu “Memendam Rasa Marah (Deep Resentments)” pada 14 November (Grafik: Wemade)

 · Pencarian berantai yang terdiri daripada enam Kertas Pacmen, pelbagai item termasuk "Batu Spektrum Epik (Epic Spectrumite)" sebagai ganjaran untuk penyempurnaan

· Mengadakan dua acara daftar masuk yang menawarkan "Tiket Pertukaran Hiasan Kepala Penutup 8 Mata (8 Point Cover Headpiece Exchange Ticket),"  "Batu Peningkatan Mistik Epik (Epic Mystic Enhancement Stone)" dan banyak lagi
 
SEOUL, Korea Selatan, 15 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Wemade mengemas kini Misteri baharu “Memendam Rasa Marah (Deep Resentments)” untuk MMORPG MIR4 blokbuster pada 14 November.

"Memendam Rasa Marah" ialah pencarian berantai yang terdiri daripada enam Kertas Pacmen. Plot Misteri ini bertujuan memberikan penjelasan mengenai benua Mir dengan mencari dan menyekat "Arcanean Agung Pelindung Syurga Ma Gujin (Heaven Protector Mighty Arcanean Ma Gujin)," yang menggunakan Empat Raja Agung Dari Syurga (Four Great Heavenly Kings) untuk menghuru-harakan dunia. "Arcanean Agung Pelindung Syurga Ma Gujin (Heaven Protector Mighty Arcanean Ma Gujin)” ialah pelindung yang menghidupkan kembali Empat Raja Agung Dari Syurga (Four Great Heavenly Kings), Pelindung Mahaguru (Master Protectors) untuk Kultus Pelindung Syurga (Heaven Protector Cult) yang makmur sebelum ini untuk mengembalikan semula kegemilangan kultus.

Setiap Kertas Pacmen mengandungi pencarian untuk mendapatkan petunjuk bagi kejadian dan kisah lalu mengenai Kultus Pelindung Syurga (Heaven Protector Cult) yang berkaitan dengan Istana Sabuk (Sabuk Castle). Dengan menyempurnakan pelbagai pencarian, seperti mengumpul item, mencipta Lencana Penyeruan (Summon Badges) dan mengalahkan ketua raksasa, pengguna boleh memperoleh pelbagai ganjaran, termasuk "Keluli Gelap (Darksteel)" dan "Tenaga (Energy)," serta item kodeks baharu seperti "Kod Undang-undang Kultus Pelindung Syurga Baharu (New Heaven Protector Cult Law Code)" dan "Roh Bangkit Raja Alam Sembilan Naga (Nine Dragon Realm King's Returned Soul)." Dan lebih banyak ganjaran seperti "Patung Naga Biru Legenda (Legendary Blue Dragon Statue)," "Batu Spektrum Epik (Epic Spectrumite)" juga akan diberikan setelah Misteri diselesaikan.

MIR4 akan mengadakan acara "Cabaran: Daftar Masuk 7 hari Batu Ajaib (Challenge: Magic Stone 7-day Check-in)” hingga 27 November. Pelbagai hadiah termasuk tiket kemasukan, tiket penyeruan dan "Tiket Pertukaran Hiasan Kepala Penutup 8 Mata (8 Point Cover Headpiece Exchange Ticket)” akan diberikan bergantung pada hari kehadiran. Dan hingga 11 Disember, item seperti "Batu Peningkatan Mistik Epik (Epic Mystic Enhancement Stone)" dan "Batu Peningkatan Gelap Legenda (Legendary Darkened Enhancement Stone)" akan tersedia daripada acara "Log Latihan 14 hari Yiun (Yiun's 14-day Training Log)".

Daripada perjuanganku kepada peperangan kita! Maklumat terperinci mengenai MIR4 boleh didapati di laman web rasmi.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53823060/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi
Wemade Co., Ltd. (112040: KOSDAQ)
Jennifer Jung, Pengurus PR
jennifer@wemade.com

Sumber : Wemade Co., Ltd.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment