Thursday, November 16, 2023

PEGUAM DARI NIGERIA, ZANNAH BUKAR MUSTAPHA MENERIMA ANUGERAH WARGA GLOBAL BERPRESTIJ

LONDON, 14 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Humanis diiktiraf antarabangsa, dermawan dan Pengasas Sekolah Yayasan Future Prowess untuk anak-anak yatim dan kanak-kanak kurang bernasib baik, Zannah Bukar Mustapha, telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Warga Global bagi tahun 2023, sebuah penghormatan tahunan yang diberikan oleh firma penasihat kemastautinan dan kewarganegaraan antarabangsa terkemuka Henley & Partners, dengan kerjasama organisasi kemanusiaan bukan untung Switzerland, Yayasan Andan.

Anugerah berprestij tersebut, yang memberi penghormatan kepada seorang individu yang menunjukkan keberanian dan komitmen yang luar biasa dalam memperbaiki dan menyokong komuniti global, telah disampaikan pada sambutan gala sewaktu Persidangan Warganegara Globaltahunan yang ke-17 di Hotel Shangri-La DIFC di Dubai, UAE, yang dihadiri oleh ketua-ketua kerajaan, pembuat dasar, ahli akedemik terkemuka, penasihat klien persendirian, penasihat pengurusan kewangan persendirian, dan juga ramai lagi usahawan dan pelabur kaya. 

Encik Mustapha telah memainkan peranan penting dalam pengantaraan pembebasan lebih daripada 100 pelajar perempuan di Chibok di sebuah kawasan terpencil Nigeria pada bulan April 2014, hingga mencetuskan kempen antarabangsa #BringBackOurGirls. Sekolah yang beliau asaskan pada tahun 2007 di Maiduguri - ibu negeri Borno State - menyediakan pendidikan, makanan, uniform dan penjagaan kesihatan percuma kepada kanak-kanak daripada kedua-dua pihak yang bersengketa sebagai tanda pendamaian yang beliau harap dapat dicapai di wilayah tersebut.

Pengerusi Henley & Partners dan Pengasas Andan Dr. Christian H. Kaelin menyatakan bahawa Encik Mustapha ialah penerima anugerah yang paling layak dan mengagumkan. "Sebagai pejuang hak keselamatan dan pendidikan untuk semua kanak-kanak tersisih dan kehilangan ibu bapa yang terjejas oleh keganasan kejam yang berlaku di Utara Nigeria, Encik Mustapha telah memaparkan wawasan, keberanian luar biasa dan pembaharuan dalam mendorong perubahan. Tindakan dan pandangan beliau adalah sumbangan berharga ke arah dunia yang lebih adil, damai dan bertoleransi. Beliau ialah pembawa perubahan, perantara yang menghubungkan perbezaan jantina, politik dan agama dengan membantu kanak-kanak dari kedua-dua belah pihak bersengketa untuk bersama-sama belajar, di bawah bumbung yang sama. Kita perlukan lebih ramai lagi Zannah Mustapha di dunia ini." 

No comments:

Post a Comment