Thursday, November 9, 2023

ALLIANZ MALAYSIA MENGUMPUL 1,000KG SAMPAH UNTUK WORLD CLEANUP DAY

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Kakitangan Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) di seluruh negara menyertai acara tahunan World Cleanup Day dan mengumpul 1,000.36kg sampah serta telah menanam anak benih September lalu.


Inisiatif tersebut adalah bersempena dengan Allianz Charity Day, inisiatif Allianz Malaysia untuk mempromosikan kesukarelawanan dalam kalangan pekerja, yang bermula pada September bersamaan dengan World Cleanup Day, dan akan berakhir pada November.

Untuk World Cleanup Day, kakitangan Allianz Malaysia menganjurkan beberapa aktiviti pembersihan di kawasan bermula dari pembersihan pantai di Pantai Tanjung Tuan, Port Dickson di Negeri Sembilan, hingga pembersihan taman di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz (Padang Polo), Ipoh di Perak.

Kira-kira 460 kakitangan dari 24 jabatan dan cawangan secara kolektif menghabiskan 1,768 jam untuk acara sukarelawan. Pekerja dari Cawangan Kuala Terengganu mengumpul sampah paling banyak iaitu sebanyak 150kg.

Ketua Allianz4Good, Ng Siew Gek berkata Allianz Malaysia berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada World Cleanup Day tahun ini untuk menangani krisis sampah di dunia.

“Di Allianz Malaysia, kami sentiasa mengambil kira impak yang kami cipta untuk generasi akan datang. Kami berbangga dengan pekerja kami, yang menyedari usaha yang diperlukan untuk menguruskan krisis sisa dan berusaha keras untuk mengatur aktiviti pembersihan mereka sendiri."

Tahun lepas, Allianz Malaysia menganjurkan pembersihan digital sempena World Cleanup Day, di mana Syarikat mengingatkan pekerjanya supaya cakna akan sisa digital, dan memadam e-mel, dokumen dan gambar yang tidak penting dan sebagainya.


SUMBER : Allianz Malaysia Berhad

No comments:

Post a Comment