Wednesday, November 8, 2023

YAYASAN MARY KAY ASH℠ MERAIKAN LIMA TAHUN MEMBENTUK MASA DEPAN PENYELIDIKAN KANSER DENGAN KERJASAMA PUSAT PERUBATAN SOUTHWESTERN UT




Table

Sarjana Pascakedoktoran Antarabangsa dalam Penyelidikan Kanser, Kelas Tahun 2023. Barisan Belakang: Dongqi Xie, Ph.D. (kiri), Ketua Penyelidik Jerry Shay, Ph.D. (tengah), Pedro Nogueira, Ph.D. (kanan); Barisan Hadapan: Debora Andrade Silva, Ph.D. (kiri), Hong-Yi Liu, Ph.D. (tengah) dan Maria Del Chica Parrado, Ph.D. (kanan). (Foto: Mary Kay Inc.)

 
DALLAS, 8 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Yayasan Mary Kay Ash℠, peneraju dan penyokong untuk mencari penawar kanser yang menjejaskan wanita selama berdekad dan Pusat Perubatan Southwestern UT, satu daripada pusat perubatan akademik terulung negara, di Dallas, Texas, meraikan kejayaan kerjasama selama lima tahun dalam program Fellowship Sarjana Pascakedoktoran Antarabangsa dalam Penyelidikan Kanser. Dianjurkan di Pusat Kanser Komprehensif Harold C. Simmons, Pusat Perubatan Southwestern UT, pengajian fellowship itu ialah program pascakedoktoran selama dua tahun yang ditaja oleh Yayasan Mary Kay Ash.

Ditubuhkan pada tahun 2019, program ini disusun untuk mengambil penyelidik antarabangsa yang dapat menjadi contoh dalam bidang masing-masing, memberikan mereka pengalaman yang tidak ternilai, pementoran dan geran yang boleh dikembalikan untuk meneruskan usaha pengajian di negara asal mereka - membawa pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh bersama mereka.

Sehingga kini, program tersebut telah berjaya memilih 13 penyelidik pascakedoktoran berprestasi tinggi dari Brazil, China, Jerman, Mexico, Singapura, Sepanyol dan Portugal - tujuh daripadanya telah berjaya menamatkan program ini; enam lagi terus giat meneruskan projek penyelidikan masing-masing di Dallas; dan kesemuanya telah membuat sumbangan yang memberikan impak kepada penerbitan penyelidikan terkenal.

“Selama lebih dua dekad, Yayasan Mary Kay Ash dan Pusat Perubatan Southwestern UT telah bekerjasama dengan komitmen berterusan untuk mencari penawar bagi kanser yang menjejaskan wanita,” kata Michael Lunceford, Presiden, Lembaga Pengarah Yayasan Mary Kay Ash. “Kerjasama kami terus membawa inovasi penting kepada barisan hadapan penyelidikan kanser dengan menghapuskan halangan dan menggalakkan perkongsian maklumat merentasi sempadan dan dunia. Penemuan ini akan dikongsi pada peringkat global dan memberikan impak kepada wanita di setiap sudut dunia."

Di bawah bimbingan pakar Dr. Jerry Shay, Profesor Biologi Sel dan Pengerusi Terhormat The Southland Financial Corporation dalam Geriatrik di Pusat Perubatan Southwestern UT, program ini secara konsisten menarik minat dan mengambil calon yang cukup cemerlang, memastikan penyertaan individu yang berkelayakan tinggi dari pelbagai kawasan geografi. Dalam usaha pengambilan yang terkini, dua sarjana cemerlang telah dipilih untuk program ini: Debora Andrade Silva, Ph.D., dari Universiti Sao Paulo di Brazil dan Quan Wang, Ph.D., dari Universiti Shanghai Jiao Tong di China.

“Kami menghargai pelaburan berterusan Yayasan Mary Kay Ash dalam Pusat Perubatan Southwestern UT dan masa depan penyelidikan kanser. Bersama sokongan pihak yayasan, kami berupaya menarik minat calon antarabangsa yang terbaik, membawa mereka ke kemudahan canggih kami untuk bekerjasama dengan mentor yang berprestasi tinggi dan mengorak langkah hebat dalam kemajuan penyelidikan,” kata Dr. Jerry Shay. “Geran pascakedoktoran global memberi peluang kepada ramai bakat penyelidikan kanser untuk menjalankan penyelidikan kanser yang canggih di Pusat Kanser Simmons Southwestern UT dan di negara asal mereka.”

Yayasan Mary Kay Ash berbangga untuk meneruskan legasi lama ini dalam usaha menjadikan dunia tempat yang lebih selamat dan sihat bagi wanita dan keluarga mereka.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undangundang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53709537/en
 
Bahagian untuk Dihubungi

Yayasan Mary Kay Ash
marykay.com/newsroom
(+1) 972.687.5332 atau media@mkcorp.com
 
Sumber: Yayasan Mary Kay Ash

No comments:

Post a Comment