Tuesday, November 14, 2023

SMART CITY EXPO 2023 MEMBUKA ERA BANDAR BAHARU DENGAN JUMLAH PENCAPAIAN TERBAIK

BARCELONA, Sepanyol, 14 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Smart City Expo World Congress (SCEWC) Edisi 2023, persidangan antarabangsa terkemuka mengenai penyelesaian untuk bandaraya dan bandar pintar yang dianjurkan oleh Fira de Barcelona, menyumbang kepada pembukaan era baharu inovasi bandar setelah mencatatkan jumlah pencapaian terbaik dan menganjurkan acara tersebut dengan Tomorrow.Mobility World Congress -- dianjurkan bersama EIT urban Mobility -- TomorrowBuilding and Tomorrow.Blue Economy. Setelah tiga hari berlangsung, acara tersebut telah mengumpulkan lebih 25,300 peserta dari 140 buah negara di Gran Via, Fira de Barcelona.


600 orang pakar telah membincangkan pelbagai strategi yang dilaksanakan di seluruh dunia untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh bandaraya dalam perkara seperti Mobiliti, Tadbir Urus, Kemampanan dan Perangkuman. Antara pembicara utama termasuklah Nathan Blecharczyk, Pengasas Bersama dan Pegawai Ketua Strategi Airbnb; Presiden FC Barcelona, Joan Laporta; ahli sains komputer dan pakar dalam Algoritma bias Margaret Mitchell; peguam pengkhususan AI Micaela Mantegna; dan mantan Menteri Tenaga & Pertumbuhan Bersih UK serta pakar pembangunan mampan, Claire O’Neill.

Acara ini juga menjadi tuan rumah kepada 1,106 pempamer, yang memaparkan projek dan penyelesaian terkini, lebih 29.7% daripada tahun 2022. Antaranya termasuklah peneraju industri Aramco, Axis, BSM, Cisco, CBRE, Dassault Systemes, Dell, Deloitte, Drees&Sommer, FCC, Honeywell, Johnson Controls, KIA, Microsoft, Moventis, Nvidia, PTV Group, PWC, Racc, Renfe, Roshn Group, Samoo Architects & Engineers, Samsung C&T Corporation, Sener, Siemens, SPIE, Smart Ports: Piers of the Future dan Veolia.

Lebih 800 bandaraya dan negara yang telah mengikut serta termasuklah Brazil, China, Estonia, Perancis, Jerman, India, Itali, Jepun, Korea, Mexico, negara-negara Nordic, Poland, Portugal, Arab Saudi dan Amerika Syarikat, yang telah memaparkan inisiatif terkini mereka termasuk projek yang menggunakan Digital Twins untuk mewakili dan memantau kawasan bandar yang berbeza atau Kecerdasan Buatan untuk menguruskan mobiliti dan perkhidmatan bandar lain.

Pengarah Smart City Expo World Congress, Ugo Valenti, berkata: "Hasil daripada Smart City Expo 2023 telah mengiktiraf bahawa kami telah membuka pintu era baharu untuk bandaraya, sesuai dengan tema tahun ini yang menyatakan, satu inovasi dan kemampanan. Selama tiga hari, kita telah melihat betapa bandaraya dan syarikat telah mula meneroka jalan ke masa depan yang lebih baik dan kami bangga bahawa acara kami dan Barcelona telah dipilih sebagai hab global untuk usahasama ini."

Smart City Expo World Congress akan dianjurkan semula di Gran Via, Barcelona untuk edisi ketiga belas pada 5-7 November 2024.

Untuk pertanyaan media sila hubungi:

Salvador Bilurbina
e-mel: sbilurbina@firabarcelona.com
telefon: +34628162674

Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini boleh didapati di 
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/fc40c65b-954e-4b11-a81f-6c60d44f8ab8

Sumber: Fira De Barcelona

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment