Wednesday, November 8, 2023

LYNK DAN BMOBILE SOLOMON ISLANDS LIMITED MEMULAKAN PERKHIDMATAN SAT2PHONE UNTUK PELANGGAN BMOBILE

bmobile ialah pengendali rangkaian mudah alih ke-3 di dunia yang memulakan perkhidmatan sat2phone

FALLS CHURCH, Va., 7 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Lynk Global, Inc. (Lynk), penyedia perkhidmatan telekomunikasi sat2phone terkemuka di dunia dan bmobile Solomon Islands Limited (bmobile), pengendali perkhidmatan mudah alih terkemuka di Kepulauan Solomon, pada hari ini mengumumkan permulaan perkhidmatan sistem satelit terus-ke-telefon mudah alih awal kepada pelanggan yang menggunakan “menara sel-di-angkasa” Lynk. bmobile menjadi MNO terkini di dunia yang melancarkan teknologi sat2phone Lynk sebagai perkhidmatan untuk pelanggan syarikat tersebut.

Ditubuhkan pada tahun 2010, bmobile ialah peneraju dalam menyediakan perkhidmatan data berkelajuan tinggi, suara yang andal dan telekomunikasi SMS di seluruh Kepulauan Solomon. Pada masa ini, bmobile beroperasi di empat wilayah di seluruh negara: Guadalcanal; Malaita; Wilayah Barat; dan Tengah. Dengan jejak yang berkembang pesat, bmobile ialah peneraju dalam membawa produk berinovatif ke Kepulauan Solomon.

“bmobile teruja untuk mengumumkan perkongsian ini dengan Lynk. Kini, bmobile mempunyai keupayaan meluaskan lagi liputan mudah alih geografi untuk penduduk Kepulauan Solomon. Kami berpendapat bahawa Lynk mesti dimiliki kerana perkhidmatan ini boleh menyelamatkan nyawa dan membantu orang ramai tidak kira di mana sahaja mereka berada. bmobile bermula dengan memberikan liputan segera kepada pelanggan perkhidmatan mudah alih kami di seluruh Makira. Apabila perkhidmatan Lynk berkembang, perkhidmatan itu akan membawa ketersambungan Abad ke-21 kepada semua penduduk Kepulauan Solomon di seluruh negara,” kata Devan Kula, Ketua Pegawai Eksekutif bmobile.

Lynk telah membuktikan perkhidmatan SMS, menyiarkan makluman kecemasan dan panggilan suara di kesemua tujuh benua dan menjangka akan memulakan perkhidmatan komersial dengan lebih banyak lagi MNO di seluruh dunia sepanjang tahun 2023 ini.

“Lynk dengan rendah hati dan teruja akan membawa ketersambungan sat2phone kepada penduduk Kepulauan Solomon, di mana-mana sahaja di Kepulauan Solomon,” kata Dan Dooley, ketua pegawai komersial Lynk. “Bagi pelanggan bmobile, perkhidmatan ini memang tiada tandingannya berbanding perkhidmatan yang digunakan pada hari ini. Perkhidmatan awal Sat2Phone kami akan bermula sebagai perkhidmatan beta di Makira dan dilanjutkan pada tahun depan di seluruh negara kepulauan itu untuk merangkumi semua kawasan terpencil, termasuk zon pengecualian ekonomi maritim Kepulauan Solomon, yang meliputi lebih daripada 1.6 juta kilometer. Lynk juga akan digunakan untuk menyediakan perkhidmatan sandaran, apabila bencana alam merosakkan rangkaian darat, bertujuan meningkatkan daya tahan rangkaian,” kata Dooley. “Dengan lebih 75% penduduk Kepulauan Solomon tinggal di luar kawasan bandar dalam kebanyakan komuniti kecil, perkhidmatan Lynk berpotensi menjadi pengubah keadaan untuk penduduk dan pengunjung,'' sambung Dooley.

Lynk juga menyasarkan pelancaran perkhidmatan di Papua New Guinea pada tahun ini bersama syarikat induk bmobile iaitu Telikom Ltd.

Maklumat Tentang bmobile

Ditubuhkan pada tahun 2010, bmobile ialah peneraju dalam menyediakan perkhidmatan data berkelajuan tinggi, suara yang andal dan telekomunikasi SMS di seluruh Kepulauan Solomon. Pada masa ini, bmobile beroperasi di empat wilayah di seluruh negara: Guadalcanal; Malaita; Wilayah Barat; dan Tengah. Dengan jejak yang berkembang pesat, bmobile ialah peneraju dalam membawa produk berinovatif ke Kepulauan Solomon.

Maklumat Tentang Lynk

Lynk ialah satu-satunya sistem satelit-terus-ke-standard-telefon mudah alih yang dipatenkan, terbukti, berlesen dan beroperasi secara komersial di dunia. Pada hari ini, Lynk begitu unik kerana membolehkan pelanggan komersial menghantar dan menerima mesej teks ke dan dari angkasa, melalui peranti mudah alih standard yang tidak diubah suai. Perkhidmatan kami telah dipamerkan di lebih 20 negara dan pada masa ini sedang digunakan secara komersial, berdasarkan >30 kontrak perkhidmatan komersial MNO meliputi >50 negara. Lynk menyediakan makluman siaran sel (kecemasan) dan pemesejan SMS dua hala pada masa ini, serta akan melancarkan perkhidmatan jalur lebar suara dan mudah alih pada masa depan. Bekerjasama dengan Lynk melalui perjanjian perayauan mudah, pengendali rangkaian mudah alih membuka pintu kepada hasil pendapatan baharu dalam pasaran yang belum diterokai, memberikan ketenangan fikiran kepada pelanggan dengan ketersambungan di merata-rata tempat dan menyediakan laluan kepada kemakmuran ekonomi untuk berbilion individu. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.lynk.world atau ikuti @lynktheworld.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17632

No comments:

Post a Comment