Wednesday, November 22, 2023

ASTRAZENECA MELANCARKAN EVINOVA, PERNIAGAAN TEKNOLOGI KESIHATAN UNTUK MEMPERCEPAT INOVASI MERENTASI SEKTOR SAINS HAYAT, PENYAMPAIAN UJIAN KLINIKAL DAN HASIL KESIHATAN YANG LEBIH BAIK

Evinova akan beroperasi sebagai perniagaan teknologi kesihatan yang berasingan dalam AstraZeneca

Penyelesaian kesihatan digital berskala global Evinova adalah berteraskan bukti, berasaskan sains dan dipacu oleh pengalaman manusia untuk memberikan perkhidmatan kepada penaja ujian klinikal, organisasi penyelidikan klinikal (CRO), pasukan penjagaan tapak ujian klinikal dan pesakit

Kerjasama strategik pertama dengan CRO yang terkemuka pada peringkat global iaitu Parexel dan Fortrea yang membolehkan penyelesaian kesihatan digital Evinova ditawarkan kepada pangkalan pelanggan masing-masing yang luas

WILMINGTON, Del., 21 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada hari ini, AstraZeneca melancarkan Evinova, yang dijangkakan akan menjadi penyedia penyelesaian kesihatan digital terkemuka bagi memenuhi keperluan ahli profesional penjagaan kesihatan, pengawal selia dan pesakit dengan lebih baik. Bersama sokongan jangka panjang daripada AstraZeneca dan kerjasama strategik dengan Parexel dan Fortrea, Evinova menawarkan produk dan perkhidmatan digital berskala global kepada sektor sains hayat dan penjagaan kesihatan.

Evinova akan memberi keutamaan untuk membawa ke pasaran, penyelesaian teknologi digital mantap dan berskala yang telah digunakan secara global oleh AstraZeneca untuk mengoptimumkan reka bentuk dan penyampaian ujian klinikal. Ini akan menjimatkan masa dan kos membangunkan ubat baharu, membawa perkhidmatan penjagaan lebih dekat ke rumah untuk pesakit dan mengurangkan beban sistem kesihatan. Evinova juga akan mengejar peluang dalam pemantauan pesakit jauh digital dan terapeutik digital dengan perancangan inovasi digital dalam bidang ini.

Melalui pengalaman mendalam AstraZeneca dalam membangunkan terapeutik baharu dan dengan cerapan daripada ribuan pesakit dan penyelidik klinikal, Evinova akan menyediakan penyelesaian teknologi mantap kepada industri farmaseutikal, bioteknologi dan CRO untuk menyokong penyelidikan klinikal pada peringkat global. Teknologi tersebut telah pun digunakan dalam penyampaian pelbagai ujian klinikal tajaan AstraZeneca yang berjaya di lebih 40 negara.

Pascal Soriot, Ketua Pegawai Eksekutif, AstraZeneca, berkata: “Masa depan pembangunan perubatan boleh dipercepat dengan penyelesaian digital. Kami percaya gabungan kepakaran saintifik dan rekod prestasi Evinova dalam membangunkan teknologi digital yang didayakan AI pada skala besar, memberikan peluang sebenar untuk menambah baik penjagaan pesakit secara asas, memacu transformasi penjagaan kesihatan dan mengurangkan pelepasan karbon.”

Cristina Duran, Presiden Evinova, berkata: “Kami amat teruja untuk membawa portfolio penyelesaian digital berskala global yang dibangunkan bertujuan memberikan perkhidmatan kepada perancangan pembangunan ubat AstraZeneca kepada komuniti sains hayat yang lebih luas. Kami percaya ini akan membantu mendorong sektor ini ke hadapan dalam kesihatan digital, kerana kami tahu ahli profesional penjagaan kesihatan dan pengawal selia memerlukan penyelesaian digital yang berfungsi merentasi industri farmaseutikal dan menyokong pesakit secara meluas. Berasal dari dalam sektor dan bersama pengalaman yang terbukti, Evinova akan ditempatkan secara unik untuk menyampaikan penyelesaian berasaskan sains, berteraskan bukti dan dipacu oleh pengalaman manusia dengan tujuan untuk menambah baik pengalaman dan hasil rawatan pesakit.”

CRO yang terkemuka pada peringkat global iaitu Parexel dan Fortrea telah memeterai perjanjian untuk menawarkan penyelesaian kesihatan digital Evinova kepada pangkalan pelanggan masing-masing yang luas. Untuk mempercepat penggunaan industri dan mengekalkan serta mengembangkan jangkauan global produk digital, Evinova bekerjasama dengan Accenture dan Perkhidmatan Web Amazon.

Evinova akan menggabungkan pengalaman klinikal dan kawal selia yang diperoleh di AstraZeneca dengan kepakaran mendalam dalam teknologi digital merangkumi strategi dan pembangunan, pembangunan produk digital, sains data dan AI, reka bentuk pengalaman pengguna dan sains tingkah laku. Selain penyelesaian digital, Evinova akan menawarkan penyelesaian saintifik tersuai, termasuk pemantauan pesakit jauh dan penyelesaian titik akhir baharu, serta reka bentuk ujian dan perkhidmatan perundingan.

Catatan

Produk dan penyelesaian Evinova

Evinova telah mencipta bersama suit pembangunan ubat Evinova dengan pesakit, iaitu suit penyelesaian digital yang bertujuan membawa manfaat kepada semua peserta – pesakit, ahli profesional penjagaan kesihatan dan penyelidik. Suit ini termasuk:

Penyelesaian ujian disatukan Evinova: Penyelesaian global GxP yang disahkan untuk pesakit, kakitangan tapak ujian klinikal dan kakitangan penaja ujian klinikal untuk menambah baik penyampaian ujian klinikal. Ini membolehkan penyampaian ujian klinikal tradisional, hibrid dan terpencar sambil meningkatkan pengalaman pesakit. Penyelesaian ujian disatukan menyokong pengumpulan data titik akhir primer dan sekunder secara langsung termasuk titik akhir baharu yang didayakan secara digital dan peranti perubatan serta penderia yang disambungkan di tapak ujian dan rumah pesakit. Ini juga menyokong perkhidmatan untuk lawatan maya termasuk penghantaran ubat, telekesihatan, pemantauan pesakit jauh dan pengesanan sampel biologi manusia secara terus kepada pesakit. Interaksi pesakit boleh didapati melalui aplikasi pesakit yang mudah digunakan serta menarik yang tersedia di lebih daripada 40 negara dan dalam 80 bahasa. Interaksi tapak tersedia melalui portal daftar diri tunggal.

Reka bentuk dan perancangan kajian Evinova: Menggunakan algoritma AI dan pembelajaran mesin untuk membantu pembangunan klinikal dan pasukan operasi mereka bentuk kajian optimum dengan mempertimbang pemboleh ubah reka bentuk yang kritikal. Pasukan boleh mereka bentuk kajian mereka, mendapatkan pengekosan automatik dan menilai kebolehlaksanaan operasi berdasarkan data sebenar daripada petunjuk itu pada peringkat negara dan tapak. Pasukan boleh melihat data bersejarah dan meramalkan trend masa depan. Modul ini juga mengandungi model untuk menganggarkan jejak karbon kajian dan impak ke atas pengalaman pesakit. Pasukan boleh mempercepat proses membuat keputusan melalui kerjasama dan keupayaan perbandingan senario.

Pengurusan portfolio Evinova: Menyokong program klinikal dan pengurusan ujian, pelaporan dan tadbir urus melalui cerapan masa nyata yang telus dan analisis ramalan. Pengurusan ini memberikan gambaran lengkap portfolio merentasi semua fasa dan membolehkan penjejakan program dan ujian klinikal pada peringkat global, serantau, negara dan tapak. Pengurusan ini juga menggunakan algoritma ramalan untuk menyediakan pencapaian penting masa depan, membolehkan pemimpin kajian memahami penyimpangan daripada rancangan dan menyokong campur tangan yang sesuai.

Kesihatan digital

Aplikasi teknologi kesihatan digital dilihat sebagai penyelesaian untuk mengurangkan kos penjagaan kesihatan, di samping membantu menambah baik pengalaman dan hasil rawatan pesakit. Bermula sekitar 6% daripada KDNK pada tahun 2006-10, gabungan perbelanjaan kesihatan awam dan penjagaan jangka panjang untuk negara OECD diunjurkan akan mencecah sekurang-kurangnya 9.5% pada tahun 2060. Di negara BRIICS, nisbah perbelanjaan juga akan meningkat dengan ketara, mencecah kira-kira 10% daripada KDNK menjelang 2060 melainkan jika dasar pembendungan kos dilaksanakan.1 Berdasarkan maklumat perbelanjaan penjagaan kesihatan 2018, McKinsey menganggarkan bahawa hanya campur tangan kesihatan digital berpotensi menjimatkan kos sistem penjagaan kesihatan Amerika Syarikat sebanyak hampir $500 bilion jika diterima pakai sepenuhnya.2

Kesihatan digital ialah pasaran yang besar (+$900 bilion menjelang tahun 2032) dan terus berkembang (13.6% CAGR 2022-2032). Pasaran untuk penyampaian kesihatan dan penjagaan digital R&D dengan pemantauan pesakit jauh, bersama-sama membentuk kira-kira 60% daripada jumlah pasaran kesihatan digital3. Baki 40% terdiri daripada pemeriksaan dan diagnostik, kesihatan dan pencegahan penyakit, penyediaan perkhidmatan terapi dan bekalan farmasi digital.

Teknologi kesihatan digital dan penyelidikan klinikal

Bahagian penting daripada kos dan masa proses pembangunan ubat ialah dalam ujian klinikal dan bukannya mereka bentuk molekul. Walau bagaimanapun, bahagian ini penting untuk pembangunan ubat dan proses kelulusan, serta kritikal dalam membolehkan akses kepada ubatan berinovatif. Kajian menganggarkan bahawa kini, kos untuk membawa ubat baharu ke pasaran4 boleh mencecah sehingga $2 bilion dan menurut satu kajian, purata jangka masa dari permulaan ujian klinikal hingga kelulusan ialah 7.1 tahun.5 Di seluruh industri, hampir 80% ujian klinikal gagal memenuhi garis masa pengambilan6 dan hanya 3-5% pesakit kanser yang layak menyertai ujian klinikal.7 Banyak kumpulan, termasuk kumpulan kaum dan etnik yang terpinggir, wanita dan populasi lain kurang diwakili dalam ujian klinikal.8

Baru-baru ini, artikel AstraZeneca yang diterbitkan dalam Nature Medicine oleh pengarang utama Cristina Duran, menunjukkan bahawa pelaksanaan teknologi kesihatan digital dalam ujian klinikal boleh menambah baik pengalaman pesakit dengan garis masa dipercepat dan kos dikurangkan.9

AstraZeneca

AstraZeneca ialah syarikat biofarmaseutikal global, berteraskan sains yang menumpukan kepada penemuan, pembangunan dan pemerdagangan ubat preskripsi dalam Onkologi, Penyakit Jarang Jumpa dan Biofarmaseutikal, termasuk Kardiovaskular, Renal & Metabolisme, serta Pernafasan & Imunologi. Berpangkalan di Cambridge, UK, AstraZeneca beroperasi di lebih 100 negara dan berinovatif syarikat tersebut digunakan oleh jutaan pesakit di seluruh dunia. Sila kunjungi astrazeneca.com dan ikuti Syarikat di Media Sosial @AstraZeneca.

Evinova

Evinova ialah perniagaan teknologi kesihatan, mempercepat penyampaian hasil kesihatan yang lebih baik dengan mendorong sektor sains hayat ke hadapan dalam kesihatan digital, dari dalam. Melalui aplikasi kepakaran berasaskan sains kami, ketegasan berteraskan bukti dan cerapan yang dipacu oleh pengalaman manusia, penyelesaian digital kami direka bentuk dengan sengaja supaya semua individu dapat mencapai hasil kesihatan yang lebih baik bersama-sama. Evinova ialah perniagaan teknologi kesihatan dalam AstraZeneca Group. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17684

No comments:

Post a Comment