Friday, September 8, 2017

BOOKOFF CORPORATION LIMITED AKAN MEMBUKA KEDAI BARANGAN TERPAKAI KEDUA 'JALAN JALAN JAPAN' DI KUALA LUMPUR

SAGAMIHARA, Jepun, 7 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- BOK MARKETING SDN. BHD., sebuah anak syarikat milik BOOKOFF CORPORATION LIMITED ('BOOKOFF') (TOKYO:3313) yang merupakan rangkaian kedai barangan terpakai yang terbesar di Jepun, akan membuka kedai barangan terpakai kedua yang diberi nama 'Jalan Jalan Japan' di '1 Shamelin Mall' di Kuala Lumpur pada 30 September.

Maklumat mengenai kedai Barangan Terpakai 'Jalan Jalan Japan'

Pada November 2016, BOK MARKETING SDN. BHD. telah membuka kedai barangan terpakai yang pertama yang diberi nama 'Jalan Jalan Japan' (juga dikenali sebagai 'JJJ') di Skypark One City di Subang Jaya.
Ruang lantai jualan adalah kira-kira 25,000 kaki persegi, kedai barangan terpakai yang terbesar di Asia Tenggara.
JJJ berurusan dengan barangan terpakai yang mencakupi pelbagai kategori, termasuk Pakaian (pakaian, beg, kasut), Beraneka barangan keperluan rumah, Barangan bayi, Alat Permainan, Hobi, Barangan sukan, Peralatan, Perabot, Aksesori dan lain-lain. Kesemua barangan itu dijual dengan harga yang berpatutan.

BOOKOFF CORPORATION LIMITED, syarikat induk bagi BOK MARKETING SDN. BHD., rangkaian kedai barangan terpakai terbesar yang beroperasi di lebih 800 buah kedai di Jepun, membeli lebih 400 juta keping barangan dari pelanggan dan menjual lebih dari 300 juta keping barangan kepada pelanggan pada setiap tahun.
Oleh itu, kesemua barangan yang dikendalikan oleh JJJ diimport dari Jepun.

'Jalan Jalan' adalah sebuah frasa Bahasa Melayu yang bermaksud 'pergi berjalan-jalan'. Kami menamakan 'Jalan Jalan Japan' kerana menjangkakan pelanggan dapat menikmati untuk membeli-belah sama seperti berada di Jepun, walaupun ia adalah di Malaysia.
Di bawah 3 konsep, 'Barangan Terpakai di Jepun' (bermaksud 'Kualiti Baik'), 'Harga giler' (perkataan Bahasa Melayu ini membawa maksud 'Harga Yang Sangat Rendah'), 'Kuantiti yang Besar' (bermaksud 'Memburu Harta Karun'), kami berharap JJJ akan menjadi sebuah tempat di mana pelanggan boleh menikmati pengalaman membeli-belah bersama keluarga mereka (menyajikan 'Hiburan'), dan sebuah tempat yang menjadi pilihan pertama pelanggan apabila ingin membeli barangan kehidupan (menyediakan 'Kehidupan Pintar').

* Facebook: https://www.facebook.com/JalanJalanJapan.Malaysia/?ref=br_rs
* Instagram: https://www.instagram.com/jalanjalanjapanmy/
* YouTube: https://www.youtube.com/watch?v=9F-ODd1-PNI

Kedai kedua akan dibuka di '1 Shamelin mall' yang terletak di sebelah timur Kuala Lumpur. Berdasarkan kepada pengalaman JJJ 1, kami boleh memperbaiki pengubahsuaian kedai, rak, susun atur dan sebagainya. Kami merancang untuk mengembangkan 2 atau 3 lagi kedai JJJ di sekitar Kuala Lumpur dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Dengan memperluaskan kedai JJJ, kami boleh menyediakan peluang di mana lebih banyak rakyat Malaysia dapat menikmati pengalaman membeli-belah.
 
Gambaran keseluruhan mengenai Kedai Baharu ‘Jalan Jalan Japan’  kedai 1 Shamelin Mall
 
Nama Kedai: ‘Jalan Jalan Japan’ kedai 1 Shamelin Mall 
Alamat: ARAS 3, 1 SHAMELIN MALL, 100, JALAN 4/91, TAMAN SHAMELIN PERKASA,
  56100 KUALA LUMPUR, MALAYSIA.
Ruang lantai jualan: Kira-kira 17,700 kaki persegi
Kategori: Pakaian (pakaian, beg, kasut), Beraneka barangan rumah, Barangan bayi, Alat permainan,
  Hobi, Barangan sukan, Peralatan, Perabot, Aksesori, dan lain-lain
Hari pembukaan: 30 September 2017 (Sabtu)
Waktu perniagaan: 
10:00 pagi - 10:00 malam
 
 
 Maklumat mengenai syarikat pengendalian
 
Nama syarikat: BOK MARKETING SDN. BHD.
Ditubuhkan: April 2016
Modal: RM 3,800,000 (Ringgit Malaysia, BOOKOFF70%・KOIKE15%・KOIKE(M) 15%)
Pengarah Urusan: Toru Inoue
Ibu Pejabat: Lot 2, Lingkaran Sultan Mohamed 1, Kaw. Perindustrian Bandar Sultan Suleiman,
  Selat Klang Utara 42000 Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
 
 
BOK MARKETING SDN. BHD. telah ditubuhkan melalui usahasama di antara BOOKOFF CORPORATION LIMITED, KOIKE CORPORATION LIMITED, dan KOIKE MALAYSIA SDN. BHD.

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51679009&lang=en

Hubungi

Butiran hubungan untuk pertanyaan
BOK MARKETING SDN. BHD.
Toru Inoue, +81-42-750-8588 (Surat menyurat dalam bahasa Jepun sahaja)
Pengarah Urusan
toru.inoue@boc.bookoff.co.jp

Sumber: BOOKOFF CORPORATION LIMITED

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment