Wednesday, September 6, 2017

ERGON - KEMAS KINI TAUFAN HARVEY

JACKSON, Miss., 5 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Operasi di kilang penapisan naftena Ergon di Vicksburg, Mississippi, dan kilang penapisan berparafin di Newell, West Virginia, tidak terjejas oleh Taufan Harvey. Memandangkan terminal eksport syarikat di Houston telah ditutup sementara, beberapa kelewatan kecil di dalam program kapal boleh dijangkakan. Bagaimanapun, ini tidak akan memberi kesan terhadap keupayaan Ergon untuk membekalkan kepada pelanggan antarabangsa tepat pada masanya.

Ergon akan terus mengawasi keadaan itu dengan rapi dan memastikan pelanggan dimaklumkan berhubung sebarang perubahan.

Maklumat mengenai Ergon, Inc.

Ergon, Inc., adalah sebuah syarikat milik persendirian yang berpusat di Jackson, Mississippi, yang beroperasi di bawah enam segmen perniagaan utama: Penapisan & Pemasaran, Asfalt & Emulsi, Pengangkutan & Terminal, Minyak & Gas, Hartanah, dan Korporat & Lain-lain.

Lihat versi sumber di businesswire.com: http://www.businesswire.com/news/home/20170901005749/en/

Hubungi
Ergon Communications
Cathy Pendleton, 601-933-3531
cathy.pendleton@ergon.com
ergon.com

Sumber: Ergon, Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

No comments:

Post a Comment