Thursday, September 21, 2017

HITACHI PERKENALKAN HITACHI VANTARA: SYARIKAT DIGITAL BAHARU YANG KOMITED UNTUK MENYELESAIKAN CABARAN PERNIAGAAN DAN MASYARAKAT YANG PALING SUKAR DI DUNIA

Syarikat Dibentuk untuk Bantu Pelanggan Mencapai Hasil yang Tak Pernah Berlaku Dahulu dengan Menggunakan Potensi Data Mereka Sepenuhnya

TOKYO dan LAS VEGAS, 20 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hitachi, Ltd. (TSE:6501) ("Hitachi") hari ini melancarkan Hitachi Vantara, iaitu sebuah entiti perniagaan baharu untuk memanfaatkan portfolio luas bagi inovasi, pembangunan dan pengalaman merentasi syarikat Kumpulan Hitachi bagi menyediakan penyelesaian dipacu data untuk perusahaan komersial dan industri. Syarikat baharu ini akan menyatukan operasi Hitachi Data Systems, Hitachi Insight Group dan Pentaho menjadi satu perniagaan bersepadu sebagai Hitachi Vantara bagi menggunakan keupayaan inovasi sosial Hitachi dalam kedua-dua teknologi operasi (OT) dan teknologi maklumat (IT).

Lebih Seabad Kepakaran OT Digabungkan dengan IT yang Dipercayai oleh Perusahaan Terbesar di Dunia 
Hitachi telah menjadi peneraju dalam OT untuk bidang industri seperti kewangan, kerajaan, pembuatan, kuasa/tenaga dan pengangkutan selama lebih 100 tahun, yang menyediakan penyelesaian yang memberi kesan kepada bandar, operasi industri dan perniagaan secara positif dan menyeluruh. Syarikat ini telah menjadi peneraju dalam IT selama lebih 50 tahun—dengan membawakan aplikasi, analisis, kandungan, awan dan penyelesaian infrastruktur IT ke pasaran yang telah mengubah cara perusahaan menjalankan perniagaan. Dengan menggabungkan kepakaran OT Hitachi yang luas dengan inovasi dan penyelesaian produk IT miliknya yang terbukti, Hitachi Vantara memberikan perkongsian kerjasama data yang berkeupayaan tinggi kepada pelanggan – yang tidak ditemui dalam mana-mana syarikat sehingga hari ini.

“Hitachi Vantara menandakan perubahan tersergam dan bersejarah untuk Hitachi sambil kami terus memajukan visi korporat bersatu kami iaitu, Inovasi Sosial,” kata Presiden dan CEO Hitachi Ltd., Toshiaki Higashihara. “Hitachi telah membantu pelanggan menggunakan kuasa data mereka untuk menyokong tindakan perniagaan yang bermakna selama bertahun-tahun lamanya. Kini, ketika dunia diubah oleh alat dan proses digital, kami menyatukan bersama syarikat penyelesaian digital kami yang terkuat sebagai syarikat Hitachi yang baharu yang memberikan impak perniagaan yang pesat untuk pelanggan kami dan kebaikan masyarakat. Pembentukan Hitachi Vantara menggariskan komitmen Hitachi terhadap penciptaan kerjasama dengan pelanggan dan rakan kongsi, dan menjadi rakan kongsi inovasi yang sebenar bagi era IoT ini.” 

No comments:

Post a Comment