Wednesday, September 6, 2017

TCL MENANG ANUGERAH INOVASI TEKNIKAL PRODUK IFA 2017 YANG BERPRESTIJ

TV XESS/85X6 memenangi "Anugerah Emas Teknologi Quantum Dot"


BERLIN, 5 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TCL, satu daripada syarikat elektronik pengguna terbesar di dunia, telah diberikan penghormatan oleh International Data Group (IDG) dan German Industry & Commerce Ltd (GIC) dengan "Anugerah Emas Teknologi Quantum Dot" (TV XESS/85 X6), sebuah Anugerah Inovasi Teknikal Produk IFA 2017.

TCL juga telah diberikan "Anugerah Emas Inovasi Keselamatan Pintar" bagi penyaman udara T-Guardian mereka.

"Kami sangat teruja untuk menerima anugerah ini," kata Zhang Shaoyong, Pengurus Besar bagi Pusat Produk, TCL Multimedia, yang berjanji untuk terus memberikan tumpuan dalam memanfaatkan kuasa bagi teknologi baharu seperti Quantum Dot.

TCL XESS Private Theater X6 yang bersaiz super, 85 inci yang telah memenangi anugerah, menawarkan sebuah pengalaman visual yang mendalam dengan teknologi paparan Quantum Dot yang terkemuka di dunia, keupayaan memproses gambar dan Dolby Vision™ julat berdinamik tinggi (HDR). Dengan memanfaatkan teknologi HDR yang menguasai panggung wayang Dolby yang paling maju di seluruh dunia, Dolby Vision mengubah pengalaman TV di rumah dengan memberikan kecerahan dan kontras yang lebih tinggi dan palet beraneka warna yang lebih banyak.

X6 dilengkapi dengan sebuah sistem bunyi Harman Kardon, yang menawarkan 12 saluran bunyi dan bunyi stereo keliling 360° dengan sebuah woofer 10 inci. Bunyi yang dihasilkan oleh sistem bunyi 7.1.4 itu mencapai 40L. Ia juga menyokong teknologi bunyi Dolby Atmos® dan teknologi DTS: X 7.1.4. Dolby Atmos menyampaikan sebuah pengalaman bunyi yang mendalam yang menempat dan menggerakkan audio di mana sahaja di sekeliling anda, termasuk di atas. Mutu ketukangannya mengintegrasikan unsur-unsur metalik dengan tekstur ira kayu walnut. Mempunyai kelebaran 24.8mm, XESS Private Theatre X6 adalah satu daripada TV bersaiz super yang paling nipis, dan ternipis bagi yang berukuran melebihi 80 inci.

"TCL XESS Private Theatre X6 menyampaikan penemuan terbaharu yang menarik yang telah dinanti-nanti oleh pengguna, yang kesemuanya adalah mengenai Teknologi Pintar," kata Jennifer Xu, Naib Presiden bagi IDG Asia. "'Pintar telah menjadi sebuah kata kunci di dalam usaha mengejar produk pengguna canggih bagi generasi akan datang."

Kejayaan terbaharu ini mengikuti beberapa anugerah produk TCL lain yang diberikan pada awal tahun ini. Antara yang penting adalah X2, TV QLED Android keluaran TCL daripada siri kemegahan syarikat itu, yang menerima Anugerah Rekabentuk iF 2017. Portfolio produk TCL yang memenangi anugerah juga termasuk TV C70 - EISA "BELIAN TERBAIK 2017-2018" dan siri C2 – Anugerah Dot Merah: Rekabentuk Produk.

Hubungi
TCL Multimedia Technology Holdings Ltd.
Phillip Wu, +86 755 3331 1958
wulf@tcl.com
http://www.tcl.com/

Sumber: TCL Multimedia Technology Holdings Ltd.

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170904005106/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

No comments:

Post a Comment